Buletin

LAGI FOTO DALAMAN PROTON SAGA FACELIFT TERDEDAH

Lagi foto bahagian dalaman Proton Saga facelift terdedah di laman maya. Kali ini ia dikongsikan bersama oleh page The Ajerul. Jika pagi tadi hanya sekeping foto sahaja, kali ini terdapat beberapa shot dari pelbagai sudut yang membolehkan kita membayangkan rupa keseluruhan sebenar apa yang disebut sebagai skrin terapung untuk bahagian infotainmen Saga ini.

Menurut maklumat, ini adalah varian standard dengan paparan asas pada bahgaian floating monitor tersebut. Kedudukannya sama di bahagian tengah papan pemuka dengan posisi corong udara air cond dianjakkan ke bahagian bawah.

Pada pandangan kasar, kelihatannya modul infotainmen ini bersaiz agak besar, sekurang-kurangnya 9 inci. Agak besar untuk sebuah sedan segmen B seperti Saga.

Turut kelihatan pada kali ini ialah paparan meter baru yang kelihatan dipenuhi info. latar warnanya juga ialah putih dan kelihatan lebih sedap dilihat berbanding warna-warna sukan seperti merah dan oren yang suka sangat Proton pakai sebelum ni.

Bagaimanapun, dalam foto ini tidak kelihatan suis penghidup (push start) dan berkemungkinan juga ia masih menggunakan pemutar kunci untuk menghidupkan enjin seperti model sedia ada.

2019 Proton Saga built-in exposure, really has a stand-alone touch screen host!

Di atas ialah gambaran bahagian luaran seperti yang diimaginasikan oleh The Ajerul. Ia dibuat berdasarkan kepada beberapa spyshot yang pernah muncul di jalanan sebelum ini.

DRL (Daytime Running Light) Saga baru akan berada pada kedudukan lampu kabus (sama seperti Iriz dan Persona) sementara jeriji hadapannya dibayangkan dengan gaya infinity wave.

Harga?

Jika Iriz, Persona dan Exora mendapat harga baru yang jauh lebih murah berbanding ketika dilancarkan, mengapa tidak Saga?

Jangkaan kami, Saga akan dijual bermula pada harga di bawah RM30,000. Ya. Ia strategi perang harga terkini oleh Proton buat masa ini

GALERI

Google ads
Back to top button