Artikel Pilihan

PROTON SAGA FACELIFT VERSI THE AJERUL – PAPARAN INFOHIBUR TERAPUNG, GRIL INFINITE WEAVE

Selepas berimaginasi dengan model-model seperti Nissan Grand Livina, Perodua Aruz dan Perodua Bezza GT, pakar manupulaisi foto terkenal tempatan, The Ajerul tampil dengan buah tangan terbaharu.

Seperti yang kita tahu, sudah tiba masanya untuk Saga menerima penambahbaikan selepas Iriz dan Persona.  

Kali ini, beliau yang juga dikenali sebagai Poksu mendedahkan teaser rendering untuk Proton Saga facelift 2019.

Sebagaimana yang anda boleh lihat, Saga facelift ini dilengkapi gril dengan rekaan sulaman (Infinite Weave) yang menjadi signatur kepada model-model baharu Proton. Sementara bahagian belakang pula, logo diganti dengan perkataan Proton.

Apa yang lebih menarik perhatian ialah The Ajerul menyatakan Saga akan menggunakan sistem infohibur terapung seperti yang ada pada Mazda2. Sistem dengan paparan skrin sentuh itu dipasang pada bahagian atas corong pendingin hawa.

Sama ada Saga akan dipasang dengan ciri Hi Proton, ia masih belum dapat dipastikan.

Saga juga didakwa akan menggunakan transmisi baharu Hyundai PowerTech empat kelajuan bagi menggantikan kotak gear Punch CVT.

Masih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi tentang Saga facelift. Tunggu sahaja kemas kini daripada team Mekanika Malaysia nanti!

kredit: FB The Ajerul

Google ads
Back to top button