Buletin

PERODUA CATAT JUALAN 137,200 UNIT KENDERAAN DARI JAN-OGOS 2017

Perodua baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah berjaya menjual lebih 137,200 unit kenderaan untuk tempoh Januari hingga Ogos 2017.

Ia merupakan peningkatan sebanyak 2.6 peratus iaitu 133,700 berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Angka ini dapat dicapai di sebalik pasaran yang sangat mencabar. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan peniagaan, pihak media dan para pelanggan atas sokongan mereka,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Dato’ Dr. Zahari Husin.

Dalam perkembangan berasingan Mohd Saipol Kamal Nor Izam Mohd Saad, 33, dari Ipoh dipilih sebagai pemenang hadiah utama peraduan Perodua Service and Win.

Saipol memenangi sebuah Axia G selepas melakukan servis biasa ke atas Alza miliknya. Peraduan yang diadakan di antara April hingga Jun itu hasil kerjasama dengan Petronas Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. Petronas ialah pembekal rasmi untuk perniagaan selepas jualan Perodua.

Peraduan itu menyaksikan 37,600 orang peserta mengambil bahagian dengan 1.26 liter minya pelincir dijual dalam tempoh tiga bulan.

 

Sebanyak 90 hadiah diserahkan kepada para pemenang. Mereka dipilih secara rawak menerusi satu program komputer.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button