Buletin

VOLVO S90 T8 TWIN ENGINE INSCRIPTION CKD – HARGA PENGENALAN ISTIMEWA RM348,888!

Volvo Car Malaysia hari ini mengumumkan bahawa S90 T8 Twin Engine Inscription pemasangan tempatan (CKD) kini sudah dibuka untuk tempatan dengan harga pengenalan istimewa RM348,888 (di atas jalan tanpa insurans).

Dihasilkan di kilang Volvo Cars di Shah Alam, S90 T8 Twin Engine CKD akan melengkapkan lagi varian V90 and S90 T6 R-Design.

Menakala pengenalan Inscription, varian paling mewah memberi lebih pilihan kepada peminat rangkaian model S90.

“Dengan harga yang sangat kompetitif, sedan ini akan menjadi tawaran terbaik untuk segmen DE di Malaysia,” kata Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Lennart Stegland.

Rangkaian kuasa hibrid Volvo yang unik menyaksikan S90 T8 Twin Engine menawarkan kuasa, pengendalian dan penjimatan luar biasa, tanpa mengorbankan karekteristik sebuah sedan premium.

T8 Twin Engine berupaya menjana kuasa 407hp dan tork 640Nm yang kemudian disalurkan ke roda menerusi kotak gear automatik lapan kelajuan.

Roda hadapan dipacu oleh enjin biasa. Sementara roda belakang pula digerakkan oleh motor elektrik. Jadi, tidak hairanlah jika ia mampu memecut dari 0-100kkm/j dalam masa 4.8 saat sahaja.

S90 T8 Twin Engine CKD mengikut langkah model XC90 T8 Twin Engine yang dijadual dieksport ke beberapa pasaran terpilih di rantau ini.

GALERI

Google ads
Back to top button