
PERODUA LANCAR AKSESORI GEAR UP UNTUK MYVI 2022
Selepas beberapa bulan melancarkan model terhangat mereka iaitu Myvi, Perodua telah menghasilkan aksesori original mereka dibawah sub jenama Gear Up bagi model Perodua Myvi. Berbeza dengan aksesori sebelum ini, aksesori untuk Myvi diberi tanda nama dagang Ace Bodykit.
Berikut ialah senarai aksesori Gear Up untuk Perodua Myvi 2022:
1. 1 Set bodykit ACE yang terdiri daripada skirt bampar depan, skirt sisi, skirt bampar belakang dan juga spoiler belakang belakang yang dijual pada harga RM 2500 dan merangkumi upah pemasangan serta SST
2. Jika anda hanya berminat dengan spoiler belakang sahaja, anda boleh membeli set spoiler secara berasingan pada harga RM 550
3. Aksesori luar Gear Up untuk Perodua Myvi juga turut menawarkan Door Visor (RM 150), pelekap hiasan krom (RM 120) dan juga kemasan krom bagi menutup getah weather strip (RM 150)

4. Jika anda kurang gemar dengan kemasan kulit Myvi AV yang merah menyala atau fabrik, anda boleh memilih untuk memasang ACE Seat Cover dengan kemasan hitam dan merah yang dihasilkan daripa PVC dan diberi corak karbon pada harga RM 745. Ia tidak menjejaskan fungsi beg udara dan poin ISOFIX
5. Pemijak kaki dengan lampu LED atau scuff plate dengan corak karbon boleh dibeli dengan harga RM 260 satu set (4 pintu). Dengan corak karbon dan LED Merah, ia menjadikan ruang dalaman kereta anda nampak mahal pada waktu malam
6. Jika anda tidak berminat dengan LED yang meriah, terdapat pilihan set pemijak kaki krom tanpa LED yang lebih murah pada harga RM 120
7. Anda juga boleh memilih untuk menambah lampu LED di bahagian kaki dengan harga RM 240 untuk satu set (RM 240 untuk depan dan belakang) dan Magnetic Sun Shade (RM 140)

8. Bagi aksesori tambahan yang melibatkan LED, pembeli juga perlu menambah Extension Wire Harness (RM 60) bagi memudahkan pemasangan wayar tambahan tanpa menjejaskan waranti pendawaian kereta
Semua aksesori Gear Up ini ditawarkan bagi membantu pemilik Myvi mencorakkan kenderaan mereka mengikut selera masing-masing tanpa menjejaskan jaminan pengeluar. Bagi pendapat peribadi, penulis mencadangkan agar memasang Door Comfort (RM 445) bagi mengurangkan lagi bunyi bising daripada memasuki kabin

