" "
Artikel Pilihan

PETROL JENTERA F1, SAMA KE DENGAN PETROL BIASA?

Peraturan penggunaan bahan api atau petrol bagi kegunaan jentera F1 mula diperketatkan pada tahun 1996 oleh FIA. Salah satu peraturan tersebut menyatakan bahawa petrol yang digunakan mestilah menggunakan sekurang-kurangnya Euro 95 (RON95) dengan komposisi bahan kimia tambahan sama seperti yang dijual di stesen minyak

Ini adalah fakta menarik berkenaan dengan petrol yang digunakan oleh jentera F1 ketika berlumba:

1. Kita boleh kata petrol yang digunakan oleh jentera F1 hampir sama dengan petrol yang dijual di stesen minyak kecuali petrol jentera F1 mengandungi bahan aditif yang sedikit berlainan untuk kegunaan perlumbaan. Malah bahan api yang digunakan oleh setiap pasukan tidak sama antara satu sama lain.

2. Jika pasukan Mercedes AMG-Petronas menggunakan bahan api yang digunakan oleh Ferrari, ia akan gagal mendapat prestasi yang paling optima. Setiap bahan api direka khusus untuk kegunaan enjin pasukan masing-masing walaupun komposisi bahan kimia hampir sama

3. Petrol ini juga mengandungi sehingga 5.75% komponen bahan api biofuel bagi menggalakkan lagi pembangunan sumber bahan api bio yang boleh diperbaharui. 2 tahun selepas bahan api bio ditambah dalam petrol F1, undang-undang negara Eropah menetapkan bahan api bio mesti ditambah bagi kegunaan komersial

4. Petrol jentera F1 mengandungi 3.7% kandungan oksigen (berdasarkan peratusan berat), 500mg/kg Nitrogen, berada dalam tekanan 45kpa (mudah meruap), 5mg Plumbum/liter, 10mg sulfur/kg dan takat didih berada pada 210 darjah Celcius

5. Bagi satu perlumbaan GP, satu jentera F1 dibenarkan membawa sehingga 110kg bahan api berbanding 105kg pada tahun 2018 dalam tangki. Peraturan ini juga menyatakan hanya 250ml petrol sahaja dibenarkan berada dalam tiub bahan api ketika memulakan perlumbaan.

6. Mulai tahun 2010, jentera F1 tidak lagi dibenarkan mengisi bahan api ketika berlumba atas sebab keselamatan dan juga kos. Ini kerana kos untuk mengangkut petrol mudah terbakar dari satu litar ke satu litar adalah tinggi dan membebankan pasukan yang kecil

7. Keadaan ini juga akan mengurangkan risiko kemalangan akibat pengisian bahan api yang cuai ketika berlumba. Salah satu contoh ialah ketika GP Brazil 2009 dimana Heikki Kovalainen meluru keluar dari pit bersama-sama dengan hos bahan api yang menyimbah dan menyebabkan sut perlumbaan Kimi Raikonen terbakar

8. Bagi memastikan jentera F1 tidak kehabisan petrol ketika berlumba, jurutera perlumbaab akan melakukan pengiraan matematik bagi mencari berapa banyak petrol digunakan ketika berlumba di musim sejuk dan panas. Mereka juga akan mengira bagaiamana modifikasi yang dilakukan akan menjejaskan penggunaan petrol ketika berlumba

9. Malah mereka turut menguji penggunaan petrol ketika sesi latihan hujung minggu dengan kelajuan yang berbeza-beza mengikut strategi perlumbaan bagi membolehkan jurutera memastikan pengiraan mereka adalah tepat. Namun pemandu juga akan membawa bahan api tambahan (masih di bawah 110kg) sekiranya berlaku kecemasan

10. Shell dan Ferrari pernah menunjukkan satu eksperimen pada tahun 2011 dimana mereka mengisi bahan api jentera F1 dengan petrol yang dibeli di stesen minyak Shell di Itali. Ketika ujian dibuat, mereka menggunakan jentera tahun 2009 dan ujian dilakukan di litar ujian Fiorano

11. Ketika ujian, Fernando Alonso bertindak sebagai pemandu ujian dengan melakukan 8 pusingan di litar, 4 pusingan dengan petrol khusus dibangunkan untuk Ferrari Scuderia F1 dan 4 lagi pusingan dengan menggunakan petrol biasa.

Ujian masa dengan petrol khusus F1 mencatatkan bacaan 1:03.960 untuk satu pusingan manakala dengan menggunakan petrol biasa, catatan masa hanya bertambah 9/10 saat sahaja. Walaupun petrol F1 memberikan pecutan lebih baik, petrol biasa memberikan top speed yang lebih bagus di jalan lurus.

Google ads
Back to top button