Buletin

HUJAN ‘WANG’ CETUS HURU-HARA DI LEBUH RAYA AS

Sebuah trak perisai yang membawa muatan wang tunai mencetuskan huru-hara di lebuh raya Carlsbad, California, Amerika Syarikat (AS).

Ia berikutan sejumlah wang tunai yang terjatuh daripada trak terbabit menyebabkan pengguna jalan raya berpusu-pusu berebut untuk mendapatkan ‘habuan’ di jalan berkenaan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menegaskan para pengguna jalan raya perlu memulangkan semula wang tunai berkenaan yang diambil mereka dalam tempoh 48 jam atau berdepan tindakan undang-undang.

Kejadian di lebuh raya Interstate-5, berhampiran San Diego itu dikatakan berpunca apabila pintu trak perisai terbabit terbuka menyebabkan wang berterbangan.

Video viral di laman sosial menunjukkan orang ramai berlari di lokasi, mengambil wang tunai dan juga melemparkan wang itu ke udara sebagai tanda meraikannya. –NBCnews/HM

Google ads
Back to top button