Motosikal

KUMPUL DUIT 8 BULAN, NAK BELI KAWASAKI NINJA 250 SPECIAL EDITION IDAMAN

Seorang wanita membawa beg plastik hitam berisi wang simpanan selama lapan bulan untuk membeli Kawasaki Ninja 250 Special Edition di Indonesia.

Video yang dimuat naik dalam akaun TikTok bernama @bangarik02 memaparkan wanita itu membeli motosikal menjadi viral di media sosial.

Pemilik akaun itu yang merakam kejadian tersebut didatangi wanita terbabit untuk membeli motosikal yang dijualnya.

Wang itu adalah hasil simpanannya selama lapan bulan.

Wanita itu dilihat menghulurkan beg plastik hitam berisi wang 100,000 rupiah (RM 29.32) dan 50,000 rupiah (RM 14.66), selain beberapa beg plastik jernih berisi duit syiling. 

‘’Berapa lama duit simpanan ni kak?’’ tanya penjual.

‘’Lapan bulan,’’ jawab wanita itu. –KOSMO!

Google ads
"
"
Back to top button