Buletin

PETRONAS DAGANGAN BHD RAIH ANUGERAH PLATINUM PUTRA BRAND

Petronas Dagangan Bhd (PDB) meraih Anugerah Platinum Putra Brand bagi kategori bahan api automotif, pelincir dan aksesori untuk tahun ke-11 berturut-turut pada Anugerah Putra Brand.

Dalam kenyataan media PDB, kemenangan berturut-turut itu merupakan bukti penambahbaikan berterusan PDB ke atas rangkaian produknya terutamanya bahan api Petronas Primax dan pelincir Petronas Syntium yang memberikan pelanggan keyakinan terhadap jenama itu sejak bertahun-tahun.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Azrul Osman Rani berkata syarikat itu komited untuk menawarkan produk dan tawaran lebih bermutu untuk memenuhi keperluan pelanggan pada masa ini dan akan datang bagi memastikan Petronas kekal menjadi jenama pilihan.

“Di PDB, pelanggan merupakan teras kepada apa yang kami lakukan dan misi kami adalah untuk memberikan pengalaman lancar tanpa geseran kepada para pelanggan,” katanya.

Beliau menambah pengenalan PETRONAS Primax 95 dipadankan Pro-Drive pada tahun 2019 meraih banyak kejayaan dan pengiktirafan.

Bahkan, katanya, syarikat baru-baru ini memperkenalkan pula PETRONAS Primax 97 baharu dengan Pro-Race untuk memenuhi permintaan enjin teknogi tinggi masa kini sekali gus memberikan prestasi lebih jitu, responsif dan cekap.

“Gabungan Primax dan Syntium Petronas yang memenangi anugerah itu telah digunakan oleh pasukan kereta lumba Formula Satu Mercedes-AMG Petronas untuk menjuarai kategori Pengeluar Kejohanan Formula Satu buat kali ketujuh pada 2020.

“Selain bahan api dan pelincir, PDB terus memperkenalkan penawaran inovatif baharu dalam meningkatkan pengalaman para pelanggan melalui SETEL dan ROVR,” jelasnya.

Azrul Osman menambah pihaknya sentiasa berusaha memberikan kemudahan terbaik membangunkan ciri-ciri lebih intuitif untuk kepentingan pelanggan.

Pengguna SETEL boleh menikmati pengalaman mengisi minyak lebih selamat dan lancar dengan menggunakan SETEL Wallet di Kedai Mesra di seluruh negara terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Mereka juga boleh membeli barangan terpilih di Kedai Mesra dan dihantar sehingga ke rumah dengan penggunaan Deliver2Me.

ROVR yang menyasarkan segmen perniagaan kepada perniagaan (B2B) telah melakukan penghantaran sebanyak lebih 10 juta liter petrol sejak diperkenalkan pada Oktober 2018.

Tidak ketinggalan, PDB turut merancakkan mempromosi usahawan tempatan melalui inisiatif [email protected], [email protected] malah memperkenalkan kempen produk tempatan melalui Love Local Campaign.

Google ads
Back to top button