
BENELLI 752S KINI DI MALAYSIA. 3 PILIHAN WARNA, RM37,888 SEUNIT
Selepas pelancaran Benelli 752S pada tahun 2018, kini jentera itu sudah pun berada di pasaran Malaysia.
Ditawarkan pada harga RM37,888 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan), 752S hadir dengan rekaan moden, ringkas dan dinamik. Pelanggan boleh memilih daripada tiga warna merah, hitam dan hijau.
Benelli 752S dikuasakan oleh enjin empat lejang bersesaran 750cc yang mampu menjana 76hp pada 8,500rpm dan tork maksimum 67Nm pada 6,500rpm.

Aspek pengendalian yang mantap diserahkan kepada fork jenis terbalik Marzocchi pada roda hadapan dan monosock boleh laras di belakang.
Model naked yang seberat 226kg itu dilengkapi sistem brek Brembo ABS dengan kaliper empat-piston dan cakera berdiamater 320mm pada roda hadapan dan 260mm di belakang.
Maklumat tunggangan dipaparkan menerusi paparan TFT yang lebih jelas berbanding skrin LCD.

Benelli 752S sudah boleh didapati di semua premis pengedar sah Benelli. Setiap pembelian akan menikmati jaminan selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (mana-mana tiba dahulu).
Pelanggan juga boleh membeli alat ganti secara dalam talian daripada MForce Bike Holdings.
- BACA: BENELLI LANCAR IMPERIALE 400 RETRO EDITION DI THAILAND. TERHAD 100 UNIT, RM18,800
- BACA: RIDER BENELLI TERCAMPAK KE DALAM SUNGAI PERAK, DISELAMATKAN OLEH PEMANCING UDANG
- BACA: BENELLI IMPERIALE 400. RM15,888 SEUNIT. SUDAH MULA DIEDAR KE SELURUH NEGARA
- BACA: BENELLI RFS150i 2019 DENGAN GRAFIK BARU YANG MENARIK
GALERI