
PERODUA DAN PETRONAS JENAMA PALING DIPERCAYAI PADA TAHUN 2020 – IPSOS
Perodua dan Petronas merupakan syarikat yang paling dipercayai di Malaysia tahun lalu, mengalahkan jenama lain seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Maybank.
Ini merupakan dapatan kaji selidik oleh Ipsos bertajuk: “Ipsos Trust Track: The Most Trusted Corporations and Institutions in Malaysia” yang diterbitkan baru-baru ini.
Perodua dan Petronas menerima indeks kepercayaan sebanyak 74 mata. Diikuti oleh KWSP dengan 72 mata, Maybank (69) dan Pos Malaysia 68 mata.
Ipsos juga mendapati secara agregatnya, keyakinan rakyat terhadap syarikat tempatan telah meningkat daripada 46 mata pada tahun 2019 kepada 50 mata pada tahun 2020.

“Orang awam dan pengguna jelas mengharapkan syarikat serta institusi menyumbang kepada pemulihan akibat pandemik. Di sebalik tahun 2020 yang sukar, ia bagaimanapun tidak menjejaskan kepercayaan secara negatif. Malah meningkat berbanding tahun 2019,” kata laporan berkenaan.
Keyakinan terhadap agensi kerajaan seperti KWSP dan syarikat berkaitan kerajaan seperti Petronas naik daripada 47 kepada 50 mata pada tahun 2019, daripada 57 kepada 60 mata tahun lalu.
Sementara itu, kepercayaan terhadap syarikat telekomunikasi dilihat paling terjejas, jatuh daripada 55 kepada 48 mata. Situasi sama berlaku pada syarikat kewangan dan media yang jatuh sediki daripada 45 dan 44 kepada 43 mata.
Astro terbukti menjadi syarikat media paling dipercayai dengan indeks kepercayaan 55. Manakala Maxis menerajui industri telekomunikasi dengan skor 57 mata.
Ini adalah dapatan kaji selidik Ipsos terhadap persepsi ke atas lebih 100 buah syarikat di Malaysia. Kaji selidik yang dijalankan di antara Jun hingga November 2020 itu melibatkan temuramah secara bersemuka lebih 4,000 responden.
Ipsos merupakan antara syarikat penyelidikan terbesar di dunia, berada di 90 pasaran dan menggaji lebih 18,000 pekerja. – MalayMail
- BACA: MPV BARU PERODUA D27, APA YANG KITA TAHU SETAKAT INI
- BACA: PERODUA CATAT PENDAFTARAN 5,207 UNIT KERETA SEHARI PADA NOVEMBER 2020. PALING TINGGI DALAM SEJARAH
- BACA: RAHSIA KEMENANGAN PASUKAN MERCEDES AMG PETRONAS F1.
- BACA: ENJIN MERCEDES-AMG PETRONAS F1 WALAUPUN POWER, TAPI JIMAT MINYAK SEBENARNYA