PETRONAS LANCAR MINYAK ENJIN SYNTIUM DENGAN TEKNOLOGI COOLTECH – BERMULA RM180
Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) hari ini melancarkan rangkaian minyak pelincir terbaharunya, PETRONAS Syntium dengan teknologi CoolTech ke pasaran Malaysia.
Diformulasikan untuk mengatasi masalah panas melampau pada komponen dalaman enjin, minyak enjin tersebut menjanjikan prestasi dan kecekapan yang lebih baik.
Rangkaian terbaharu itu turut merangkumi minyak pelincir premium berkelikatan rendah Petronas Syntium 7000 Ultimate Series.
Ia menampilkan PETRONAS Syntium 7000 Hybrid dengan oCoolTechTM yang menjadiproduk minyak pelincir pertama untuk enjin hibrid.
PLMM menyertai pasaran kenderaan hibrid berikutan segmen itu yang kian berkembang di seluruh dunia.
Manakala pelincir lain yang turut ditampilkan termasuklah:
- PETRONAS Syntium 7000 0W-16 dengan oCoolTechTM
- PETRONAS Syntium 7000 0W-20 dengan oCoolTechTM
- PETRONAS Syntium 3000 5W-30
- PETRONAS 800 5W-30 oCoolTechTM
Teknologi oCoolTechTM berfungsi membantu menyejukkan komponen-komponen kritikal enjin. Ini bagi memastikan enjin dapat beroperasi dengan lebih berkesan terutama di bawah tekanan.
Minyak pelincir baharu ini memenuhi spesifikasi piawaian API SN PLUS dan melindungi enjin daripada pra-penyalaan kelajuan rendah (LSPI). Ia sesuai untuk kegunaan enjin petrol suntikan terus dengan pengecas turbo.
Pelancaran minyak itu disempurnakan dengan kehadiran pelumba pasukan Formula 1 Mercedes-AMG PETRONAS, Lewis Hamilton. Turut hadir Ketua Pegawai Teknologi PETRONAS Lubricants International, Eric Holthusen.
“PETRONAS Syntium memainkan perana penting dalam mwnyejukkn enjin dan membantu kami mencatat keputusan yang bagus dilitar.
“Kerjasama di antara organisasi teknikal sememangnya mengagumkan demi memastikan kami mempunyai minyak bendalir yang boleh dipercayai untuk enjin jentera,” kata Hamilton.
PETRONAS Syntium dengan Teknologi CoolTech ditawarkan pada harga bermula RM180 sebotol.