Buletin

WALES RALLY GB & BRITISH RALLY CHAMPIONSHIP 2020 DIBATALKAN

Pandemik Covid-19 diseluruh dunia nampaknya benar – benar memberikan kesan kepada penganjuran acara sukan di seluruh dunia. Terkini, perlumban rali di lokasi terkemuka, Wales Rally Great Britain yang sepatutnya berlangsung pada 29 Oktober – 1 November 2020 nanti akan dibatalkan.

Menurut Pengerusi Penganjur perlumbaan, David Richards keputusan yang diambil ini merupakan sesuatu yang berat dan sukar. Namun hasil perbincangan bersama Kerajaan Wales, maka pembatalan ini adalah yang terbaik memandangkan pandemik Covid-19 masih belum pulih sepenuhnya.

Wales Rally GB kebiasannnya menjadi tunpuan buat para pelumba handalan dunia untuk beraksi dengan handal disebabkan prestij Perlumbaan di bumi Wales sendiri. Rally GB ini mula dianjurkan bermula tahun 1932 lagi. Pada tahun 2000 barulah lokasi perlumbaan ini dipindahkan ke Wales.

Dengan pembatalan perlumbaan WRC ini, maka secara otomatis juga perlumbaan British Rally Championship (BRC) yang sepatutnya berlangsung turut dibatalkan. Menambahkan lagi berita duka, saingan BRC untuk musim 2020 ini juga akan dibatalkan sepenuhnya.

Ternyata pembatalan Wales Rally GB memberikan impak yang besar terhadap penganjuran BRC memandangkan ianya menjanjikan pungutan mata berganda. Sepatutnya akan berlangsung dua lagi pusingan selepas di Wales, Belgium Rally Ypress dan Scotland Galloway Hills Rally.

Satu – satunya perlumbaan BRC yang sempat berlangsung adalah Cambrian Rally pada Februari lalu. Kemudiannya tiga perlumbaan berikutnya dibatalkan kerana Pandemik Covid-19.

Sudah tentu khabar duka tentang BRC ini turut memberikan kesan terhadap jentera rali kebanggaan rakyat Malaysia, Proton Iriz R5. Sewaktu berlumba di Cambrian, Ollie Mellors yang memandu Iriz R5 itu berjaya menamatkan perlumbaan ditempat keempat. Malah hasrat seorang pelumba wanita, Nabila Tejpar untuk turut sama beraksi dalam baki saingan BRC bersama Iriz R5 turut tidak kesampaian dengan pembatalan ini.

Dengan perkhabara ini, sudah tentu perancangan pasukan Mellors Elliot Motorsport untuk menguji jentera Proton Iriz R5 secara kompetetif dalam saingan BRC tidak kesampaian. Kalau ikut perancangan, mereka mahu beraksi secara musim penuh di BRC terlebih dahulu sebelum mengintai untuk beraksi dalam pentas WRC2 / WRC3 pada musim hadapan. Nampaknya kita kena tunggu lagilah untuk melihat kehebatan Proton Iriz R5 ini bersaing dalam pentas besar.

BACA : FORD FIESTA R5 BAHARU

BACA : IRIZ DIBELI IRISH – KISAH PROTON IRIZ R5

Google ads

B K

Back to top button