Motosikal

MOTOGP MISANO: TAMPARAN BUAT ROSSI – SEGALANYA KINI MAKIN SUKAR

Valentino Rossi memulakan perlumbaan dengan harapan untuk menaiki podium di tempat sendiri apatah lagi selepas menamatkan sesi ujian yang kompetitif. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya bila beliau semakin perlahan dalam perlumbaan sebenar dan ini merupakan penamat terburuk Rossi selepas insiden dengan Marquez di Argentina dan beliau juga kehilangan tempat kedua keseluruhan kepada pelumba Ducati Andrea Dovizioso.

“Ie merupakan satu perlumbaan yang sukar,” kata Rossi yang juga gagal di litar yang sama tahun lepas akibat kecederaan. Nampaknya helmet rekaan khas ‘ Back To Misano’ juga gagal memberikan tuah yang diharapkan.

Beliau mengakui sesuatu yang memalukan bila tewas di litar sendiri di hadapan para penyokong setia. Rossi sendiri mengharapkan kedudukan yang lebih baik selepas menamatkan sesi ujian dengan cemerlang.

Tapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan hampir semua pelumba Yamaha termasuk Rossi, Vinales dan Zarco menghadapi kesukaran seawal pusingan memanaskan badan. Walaupu keadaan cuaca agak sama dengan hari pusingan ujian keadaan motosikal dan tayar adalah cukup kurang memuaskan.

Walaupun mencuba untuk memecut selaju mungkin Rossi mengakui yang ia masih belum mencukupi. Ia berbeza dengan pusingan kelayakan malah beliau tertinggal hampir satu saat berbanding pelumba di hadapan.

Untuk sekian lama sudah ramai pelumba MotoGP yang mengadu tentang kekurangan cengkaman dari tayar Michelin yang mereka gunakan selepas ia berinteraksi dengan kesan tayar Dunlop yang digunakan oleh pelumba Moto2 dan Moto3 sebelumnya.

BACA: VALENTINO ROSSI PERKENALKAN TOPI KELEDAR EDISI ISTIMEWA ‘BACK TO MISANO’

Tetapi yang peliknya jika itu menjadi punca masalah, kenapa ia cuma berlaku pada jentera Yamaha? Rossi sendiri mengakui yang mereka sendiri tidak tahu jika ia faktor sebenar, sama juga kenapa setengah litar mendatangkan masalah buat mereka tetapi tidak kepada pasukan lawan.

Malah pada perlumbaan di Misano, Ducati dan Honda membuat catatan masa sepusingan yang sama. Ini bermakna Yamaha sudah jauh ketinggalan berbanding Honda dan Ducati yang semakin meningkat. Bukannya satu rahsia lagi yang Rossi sudah lama menyuarakan isu elektronik dan pecutan kepada pihak Yamaha.

Malah ia disokong dengan keputusan Rossi yang semakin merosot dalam setiap musim sejak dari 2015. Dan Rossi bukanlah pelumba calang-calang kerana beliau sendiri yang membawa Yamaha ke puncak MotoGP sebelum ini.

Ia seharusnya diberikan perhatian segera oleh Yamaha memandangkan kesannya sudah dapat dirasai dengan kedudukan Rossi telah diambil oleh Divozioso dari Ducati. Walaupun begitu Rossi sendiri masih mampu tersenyum kerana masih berada dalam kelompok top 3 walaupun dihimpit dengan pelbagai masalah. Apatah lagi perbezaan mata antara beliau dengan Dovizioso cumalah sebanyak 3 mata berbanding 70 mata untuk mengejar Marc Marquez.

Google ads
Back to top button