
PEUGEOT KEMASKINI E-208, JARAK OPERASI KINI SEJAUH 400 KM
Peugeot telah mengemaskini penawaran bagi model hatchback berkuasa elektrik e-208 2023 dengan peningkatan kuasa serta jarak operasi yang lebih jauh.
Berbanding angka 134 hp yang terdahulu, Peugeot telah meningkatkan kuasa kepada 154 hp sementara daya kilas 260 Nm pula adalah sama tidak berubah.
Selain daripada itu, kapasiti pek bateri telah dipertingkatkan daripada 50 kepada 51 kWh yang membenarkan jarak operasi kini mencecah 400 km untuk sekali cas penuh.
Ini adalah satu peningkatan yang signifikan, memandangkan e-208 sebelum ini mampu bergerak sejauh 362 km sahaja, atau 340 km semasa ia mula muncul pada lewat tahun 2019.
Peugeot e-208 2023 secara standard didatangkan dengan pengecas 7.4 kW, opsyen pengecasan tiga fasa 11 kW, serta pengecasan pantas 100 kW yang membolehkan bateri e-208 ini dicas bermula 20-80 peratus dalam masa 25 minit sahaja.