Buletin

PEUGEOT ROADSHOW DI 1UTAMA. 17-25 MEI, LIHAT LEBIH DEKAT EV e-2008, 3008 DAN TRAK PIKAP LANDTREK

Bermaz Auto Alliance kini mempamerkan tiga model Peugeot yang menarik pada acara Siri Jelajah PEUGEOT di  LUXE Concourse, 1 Utama Shopping Centre bermula 17 hingga 25 Mei 2023, 10 pagi hingga 10am. 

Justeru, anda boleh melihat secara dekat model-model seperti PEUGEOT 2008 SE, PEUGEOT LANDTREK, PEUGEOT 2008 PEUGEOT 3008, serta jentera elektrik PEUGEOT e-2008 yang sebelum ini ada dipertontonkan kepada umum pada acara Malaysia Autoshow 2023. 

Jika dibandingkan dengan model standard, PEUGEOT 2008 SE tampil berbeza dengan pelekat grafik unik pada bonet hadaoan dan bahagian sisi. Kemasan pada bampar hadapan dan belakang juga menerima warna hitam matte. 

Bukan itu sahaja, ia dipasang dengan emblem SE dan rim aloi hitam berkilat bersaiz 17 inci yang dibangunkan khas untuk menjadikannya lebih sporty. 

Harus tahu bahawa PEUGEOT 2008 SE didatangkan secara eksklusif dalam warna oren dan putih sahaja. 

Anda perlu melihat dengan lebih terperinci PEUGEOT e-2008 kerana ia bakal menjadi model EV pertama yang dilancarkan oleh BermaZ AUto Alliance tidak lama lagi.

Walaupun penampilan luaran dan dalamannya tidak jauh berbeza dengan varian petrol, PEUGEOT e-2008 diserlahkan melalui gril warna badan dan bumbung berwarna hitam. 

EV berkenaan digerakkan oleh rangkaian kuasa dengan konfigurasi bateri 50kW dan 100kW yang mampu menjana kuasa 136hp.

Ia menawarkan jarak perjalanan sehingga 320km dengan sekali caj. Model itu juga menyokong pengecasan pantas 100kW yang membolehkannya dicaj kepada 80 peratus dalam masa hanya 30 minit. 

Bagi mereka yang ingin membeli sebuah trak pikap, anda mungkin boleh mempertimbangkan PEUGEOT LANDTREK. Jentera itu dikuasakan oleh enjin 1.9 liter turbodiesel yang berupaya menjana kuasa 150hp dan tork pada 350Nm. Ia kemudian dipacu transmisi automatik 6 kelajuan bersama sistem pacuan empat roda.

Pertama kali diperkenalkan di rantau Asia Pasifik, LANDTREK ialah hasil kerjasama dengan pengeluar dari China iaitu Changan Autodan dibina di atas platform sama yang digunakan oleh Changan Kaicheng F70. Jika berminat, LANDTREK ditawarkan pada harga bermula RM120,000 seunit. 

Google ads
Back to top button