
KENAPA BMW MENGGUNAKAN SAIZ TAYAR YANG BERBEZA ANTARA DEPAN & BELAKANG?
Ketika memandu uji BMW 330i M Sport minggu lepas, penulis mendapati bahawa BMW menggunakan saiz tayar yang berbeza antara tayar depan dan juga belakang. Bagi tayar depan BMW 330i M Sport, i menggunakan saiz 225/45 R18 dengan kombinasi tayar gerak kempis (run flat tyre) Michelin Pilot Sport 4 Zero Pressure
Tayar ini merupakan tayar prestasi tinggi bagi kategori run flat tyre. Bagi tayar belakang BMW 330i M Sport pula, ia diberikan saiz 255/40 R18. Jika anda perasan, tayar yang digunakan untuk roda belakang adalah 30mm lebih lebar berbanding dengan tayar depan dan 5% lebih rendah berbanding dengan tayar depan
Kombinasi saiz tayar yang berbeza ini juga turut digunakan oleh kebanyakan model prestasi tinggi (BMW M) yang lain seperti BMW Z4 dan juga BMW 8 Siri Coupe untuk semua varian. Ia bukanlah dosebabkan ingin kelihatan cantik, tapi ia direka agar memberi kesan yang positif kepda dinamik pemanduan dan juga kawalan cesi
Malah kebanyakan SUV BMW juga menggunakan saiz yang hampir sama, tidaklah berbeza sehingga 30mm tapi saiz tayar belakang biasanya beberapa milimeter lebih lebar berbanding dengan tayar depan. Dengan padanan enjin berkuasa tinggi seperti enjin B48 varian 330i ataupun B58 dalam varian 340i, saiz tayar sebegini memberikan kelebihan ketika pecutan 0-100km/jam memotong beberapa milisaat.
Secara fizik, ketika pecutan dilakukan kebanyakan berat kenderaan akan dipindahkan ke tayar belakang dari bahagian roda depan (weight transfer) dan tayar belakang menanggung beban yang tinggi. Bagi Ultra High Performance Tyre dengan saiz yang lebar di belakang, pecutan laju dibuat dengan bantuan enjin berkuasa tinggi membolehkan kereta memecut deras ke depan tanpa mengalami masalah gelinciran (tyre slip)
Jika gelinciran berlaku, sistem Electronic Stability Control akan diaktifkan, mengurangkan kuasa enjin yang dihantar ke roda belakang dan mengurangkan pecutan ke depan bagi mengelakkan kereta daripada terbabas. Ya disebabkan kebanyakan model BMW menggunakan roda belakang bagi memecut, penggunaan tayar belakang yang lebar adalah sangat penting

Tayar depan pula diberikan saiz yang lebih “kurus” bagi memastikan ketika pusingan diambil atau selekoh dilakukan, diameter luar pusingan kereta adalah sama dengan diameter bagi diameter bahagian dalam kereta.
Tayar yang lebih “kurus” di bahagian depan juga membantu jurutera menghasilkan pakej rekaan ruang tayar (wheel arch) yang lebih kecil, jika tayar besar yang digunakan maka tayar tersebut pasti akan tersangkut ketika selekoh atau pusingan u dilakukan
Tambahan lagi, tayar depan yang “kurus” adalah lebih selamat dipandu sewaktu hari hujan dan air mulai bertakung di atas jalan raya. Semakin kurus tayar depan, semakin kurang risiko untuk berlakunya masalah aquaplanning yang akan menyebabkan kenderaan terbabas dan mengalami kemalangan jika dipandu pada halaju tinggi.
Maka dengan 3 sebab di atas, maka terjawablah persoalan kenapa kereta prestasi tinggi pacuan roda belakang cenderung untuk menggunakan saiz tayar yang berbeza antara depan dan juga belakang.

