
PLASTIC CLADDING PADA FERRARI PURASANGUE INI ADA FUNGSI ISTIMEWA
Walaupun satu ketika dulu Ferrari berkeras untuk tidak menghasilkan SUV dalam barisan kenderaan mereka, pengeluar supercar popular dari Itali ini akhirnya akur dengan kehendak pasaran dengan menghasilkan Ferrarri Purasongue sebagai saingan kepada Lamborghini Urus.
Purasangue merupakan SUV dihasilkan dengan bumbung melarus ke belakang, pusat graviti tinggi bagi melalui permukaan jalan mencabar dengan mudah, 4 pintu dan juga diberikan plastic cladding di bahagian sisi perumah tayar untuk kelihatan lebih ranggi
Namun berbeza dengan SUV lain yang menggunakan pastic cladding untuk kelihatan garang, plastic cladding yang dipasang pada Purasangue sebenarny lebih istimewa dan kelihatan “terapung” dari panel badan. Tambahan pula ia dihasilkan daripada gentian karbon, bukannya plastik.

Plastic cladding sebenarnya ditambah pada SUV bagi mengelakkan percikan pasir dan batu daripada terkena panel badan kenderaan ketika melalui jalan tidak berturap. Percikan batu dan pasir ini akan merosakkan cat kenderaan dan plastic cladding ini bertindak sebagai panel pelindung.
Namun bagi Purasangue komponen ini dihasilkan bagi tujuan aerodinamik dengan mewujudkan “air curtain” bermula daripada rongga kemasukan udara di bampar depan bagi mengelakkan udara ini melalui bahagian tayar depan dan kekal rapat dengan panel badan SUV sehingga ke bahagian belakang
Jika anda perhatikan dengan teliti, terdapat satu lagi rongga kemasukan udara yang dipasang di bahagian atas Day Time Running Light akan menyalurkan udara laju yang datang daripada depan (dan boleh menyebabkan lift) kepada bahagian dalaman enjin dan juga dihantar ke plastic cladding depan dan belakang
Plastic cladding juga datang dengan lubang udara di bahagian belakang untuk “menarik keluar” udara daripada ruang roda, mengurangkan seretan udara dan meningkatkan keberkesanan aliran udara di sekeliling panel kenderaan

Ya inilah fungsi sebenar plastic cladding pada bahagian perumah tayar yang dipasang pada Ferrari Purasangue, ia bukannyua untuk kelihatan acah-acah macho, tapi digunakan sebagai ciri aerodinamik

