Buletin

PLUS TAWAR REBAT SEMPENA AIDILFITRI

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba 10 hari lagi, Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) telah mengumumkan rebat 30 peratus bayaran tol daripada harga biasa untuk pengguna PLUSMiles dan kad Touch ‘n Go atau SmartTAG.

Touch'nGo-card-mekanika

Inisiatif ini bertujuan mengimbangi kadar trafik pada waktu puncak dan bukan waktu puncak. Syarikat konsesi itu menjangkakan trafik yang tinggi pada 1, 2, 3, 9 dan 10 Julai.

Justeru, PLUS akan memberi diskaun kepada kenderaan Kelas 1 dan perjalanan yang melebihi jarak 100km pada 4, 8 dan 11 Julai.

Pengguna akan dikenakan bayaran biasa pada tarikh tersebut kerana pemberian diskaun hanya dilakukan semasa proses tambah nilai. Diskaun ini boleh dituntut bermula 15 Ogos hingga 14 November 2016 di pusat khidmat pelanggan PLUS.

Google ads
Back to top button