Buletin

PORSCHE TAYCAN ENTRY LEVEL. 2 PILIHAN BATERI, JARAK 431KM, RWD, BERMULA RM323K

Porsche baru-baru ini memperkenalkan varian entry-level baharu untuk jentera elektrik Taycan. Menjadi model yang dilancarkan ke pasaran China tahun lalu, ia hadir dengan dua pilihan saiz bateri bersama pacuan roda belakang, pertama untuk Taycan.

Secara keseluruhannya, Taycan mencatat jualan kedua terbaik selepas Macan. Kini dengan adanya model yang lebih mesra poket, angka jualan dijangka meningkat secara signifikan.  

Hanya dikenali sebagai Taycan, ia ditawarkan pada harga bermula AS$79,900 (RM323,200) murah AS$23,900 (RM96,700) berbanding Taycan 4S. Namun ia masih lebih mahal daripada Tesla Model S Long Range yang berharga AS$69,420 (RM280,800) di pasaran Amerika Syarikat.

Jentera tersebut dikuasakan oleh pek bateri berkuasa 79.2kWh atau 93.4kWh yang menjana motor elektrik tunggal pada gandar belakang. Motor elektrik yang turut dipasang pada Taycan 4S itu berupaya menghasilkan 402hp/344NM atau 374bhp, bergantung kepada pek bateri yang dipilih.

Walaupun angka kuasa puncaknya berbeza, prestasi kedua-dua bateri itu masih sama iaitu 5.4 saat untuk mencapai pecutan 100km/j dengan kelajuan maksimum 230km/j.

Porsche tidak menyatakan anggaran jarak yang boleh dicapi, tetapi model dengan bateri 79.2kWh itu didakwa menawarkan perjalanan sejauh 431km.

Jika itu tidak cukup jauh, pelanggan boleh menaik taraf kepada Performance Battery Plus berkapasti 93.4 kWh yang membolehkan Taycan bergerak sejauh 484km.

Kuasanya juga bertambah menjadi 476PS dan tork 357Nm. Dengan kuasa itu, penambahan berat sebanyak 77.1kg bukan satu masalah besar. Teknologi pengecasan pantas Porsche membolehkan bateri dicaj ke 80 peratus dalam masa 22 minit sahaja.

Model entry-level itu menggunakan rim 19 inci dengan kaliper berwarna hitam. Sementara apron hadapan, skirting sisi dan peresap udara belakang masih sama dengan yang dipasang pada Taycan 4S.  

Dari segi kelengkapan, Taycan hadir dengan lampu LED, skrin sistem infohibur bersaiz 10.9 inci dan sistem pengurusan suspensi aktif Porsche.

Pelanggan juga boleh menambah beberapa ciri lain seperti suspensi udara, rim bersaiz 20 atau 21 inci dan brek disalut seramik.

GALERI

Google ads
Back to top button