Artikel Pilihan

UBAHSUAI KERETA KERETA. APA YANG BOLEH DAN TAK BOLEH UBAHSUAI.

Bila kami sentuh isu berkenaan ubahsuai kereta, jawapan yang kami terima ialah “ikut suka saya la, ini kereta saya, duit saya. Suka hati saya la nak kangkangkan tayar kereta ini seperti dicabul oleh kucing kerong”. Kami malas nak panjang lebar sebab isu ubahsuai kereta ini sudah lama diketengahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Jika perkara ini tidak dikawal selia oleh JPJ, kami percaya pemandu dan pengguna di Malaysia akan mengubahsuai kereta mereka seperti dalam filem Mad Max. Berdasarkan satu hantaran Facebook JPJ, berikut ialah panduan ubahsuai kereta dan kenderaan berdasarkan garis panduan JPJ

A. Ubahsuai yang boleh dilakukan tanpa melibatkan kelulusan JPJ dan mengikut panduan yang ditetapkan bagi kenderaan persendirian

1. Pemasangan air spoiler, side skirt dan aerofoil pada kenderaan tidak boleh melebihi 150mm dari luar tayar belakang

2. Pemasangan door visor pada kenderaan tidak melebihi 100mm lebar dan tinggi

3. Pemasangan tambahan bumper pada bahagian hadapan atau belakang kenderaan dan protecting guards (Kangaroo Bar) pada bahagian hadapan kenderaan dengan syarat tidak menutup bahagian lampu dan tidak melebihi lebar kenderaan sebanyak 150mm

4. Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar dengan syarat mesti ditutup dengan mudguard atau mudflaps. Pemasangan tayar sehingga mengubah ketinggian kenderaan adalah tidak dibenarkan

5. Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top di atas bumbung kenderaan yang hanya melibatkan bahagian tengah sahaja dan tidak melibatkan pillar kenderaan.

6. Pemasangan membawa tangga / bot / surf board dengan syarat rak tidak boleh melebihi 230mm dari bumbung, lebar dan panjang rak bumbung tidak melebihi saiz bumbung, bot atau sufrboard mesti diikat kuat dengan 2 ikatan, dan roda depan menanggung 20% berat muatan.

7. Penukaran kotak gear manual / automatik dengan syarat tiada ubahsuai dilakukan pada front cross member, steering linkage, tiada kimpalan pada base mounting dan engine mounting

8. Pemasangan kanopi / kanvas hanya dibenarkan untuk twin cab 5 penumpang sahaja, panjang dan lebar kanopi tidak melebihi saiz kenderaan, tiada tempat duduk tambahan dibenarkan dan pemasangan lampu brek ke 3 tidak terganggu dengan pemasangan kanopi

9. Pemasangan Winch, Winch Bar, Side Step, Rear Bar dan Snorkel dengan syarat tidak menggganggu pengguna lain, tidak boleh melebihi 150mm dari keseluruhan lebar kenderaan dan mengganggu identiti asal kereta

10. Pemasangan roof-rack (para bumbung) / Bike Carrier hendaklah dipasang dibahagian atas bumbung, tidak melebihi 230mm tinggi, muatan tidak boleh melebihi ruang bumbung dan diikat dengan kemas. Pemasangan di bahagian belakang adalah dilarang.

11. Pemasangan spotlight hanya untuk kenderaan 4×4 sahaja, warna putih atau amber sahaja, mesti dipasang di bahagian depan kenderaan, tidak dibenarkan di pasang di atas bumbung, hanya 2 unit sahaja dibenarkan, hanya untuk kegunaan offroad sahaja dan tidak boleh melebihi 1524mm dari permukaan jalan

B. Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada kenderaan persendirian yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut :

1. Pemasangan bodypart / bodykit yang menyebabkan perubahan pada identiti kenderaan.

2. Pemasangan rollcage sebagai aksesori dalaman pada kenderaan.

3. Pemasangan lampu HID secara retrofit.

4. Penukaran sistem pacuan.

5. Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.

6. Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain warna merah / amber pada bahagian belakang.

7. Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.

8. Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin hadapan dengan ketelusan cahaya kurang daripada 70%.

9. Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin sisi dengan ketelusan cahaya kurang daripada 50% dan belakang dengan ketelusan cahaya kurang daripada 30%.

C. Jenis pengubahsuaian pada kenderaan persendirian yang perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada JPJ

1. Pengubahsuaian ke atas kenderaan OKU.

2. Penukaran sistem bahan bakar.

3. Penukaran enjin.

4. Status kenderaan Vintaj/Klasik

5. Penukaran Panel struktur kenderaan (kes kemalangan)

D. Pengubahsuaian pada kenderaan perdagangan yang perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada JPJ

1. Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.

2. Pemasangan iklan (utk kenderaan decontrolled sahaja)

3. Mengubah bilangan tempat duduk

4. Penukaran Had Berat

5. Pemasangan Pagar Sisi & Kanvas

6. Penukaran Kabin

7. Pemasangan Lantai/Lapik Besi

8. Mengubah Kegunaan Kenderaan

9. Penukaran Gandar

10. Penukaran Jenis Badan

Untuk maklumat lanjut, anda boleh semak di pautan INI

Google ads
Back to top button