Buletin

TAYCAN SEMAKIN POPULAR. PORSCHE PINJAM 400 PEKERJA AUDI BANTU PRODUKSI

Porshe Taycan membuktikan semakin popular sehingga pengeluar kereta Jerman itu terpaksa meminjam pekerja daripada syarikat bersekutu, Audi dalam membantu produksi jentera itu.

Ketika model tersebut dilancarkan, syarikat menyasarkan membangunkan 20,000 unit pada tahun pertama pengeluarannya.

Bagaimanapun, selepas penerimaan positif terhadap kenderaan elektrik (EV) dan penjualan di Amerika Syarikat (AS) sasaran tersebut berubah kepada 40,000 unit.

Jurucakap Audi mengesahkan dalam laporan Automobilwoche, seramai 400 pekerjanya dari kilang Neckarsulm akan memulakan kerja di Porsche Zuffenhausen bagi membantu pengeluaran Taycan.

Difahamkan, kumpulan pertama melakukan transisi berkenaan pada bulan Jun lalu dan dijangka peralihan berlanjutan dalam tempoh beberapa bulan ini.

Porsche Taycan merupakan antara EV diminati di pasaran. Ia membuktikan sebagai salah satu jentera paling pantas berbanding Tesla Model S Performance.

Begitupun, kemunculan versi tri-motor Model S dan Lucid Air tidak lama lagi bakal ‘meragut’ takhta kepantasan Taycan Tubo S ini.

Berikutan permintaan menggalakkan daripada pembeli, Porsche sedang memperinci varian Cross Turismo.

Model Taycan Cross Turismo dijadual memasuki pasaran pada tahun ini tetapi ditunda sehingga tahun hadapan.

Ia mempunyai potensi meraih permintaan tinggi dengan rekaan menarik dan cirri-ciri terkini ditawarkan dalam jentera terbaharu ini. –carscoops.

Google ads
Back to top button