Buletin

SDAP LANCAR PORSCHE 911 – BERMULA RM870,000!

Sime Darby Auto Performance (SDAP) pagi tadi melancarkan Porsche 911 generasi baru sempena acara perlumbaan 24 Hours Le Mans pada hujung minggu ini.

Porsche-911-Carrera-mekanika (2)

“911 adalah tradisi dan masa depan kami yang tidak akan berhenti mengalami evolusi serta penambahbaikan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SDAP, Arnt Bayer.

911 menerima banyak penambahbaikan. Antaranya ialah lampu utama dengan lampu nyalaan siang (DRL) empat point, lampu dan lid belakang rekaan baharu serta banyak lagi.

Porsche-911-Carrera-mekanika (4)

Jentera yang ditawarkan dalam tiga varian iaitu 911 Carrera, 911 Carrera S dan 911 Carrera 4S itu menggunakan enjin turbo yang menawarkan kuasa berbeza. Model 911 Carrera berkuasa 370hp. Manakala Carrera S dan Carrera 4S mampu menjana kuasa 420hp peningkatan lebih 20hp kuasa berbanding sebelumnya.

Kuasa tork juga ditingkatkan kepada 450Nm dan 500Nm yang boleh diperoleh pada kitaran enjin serendah 1,700rpm hingga 5,000rpm.

Porsche-911-Carrera-mekanika (8)

Biarpun begitu berkuasa, 911 masih mampu menawarkan penjimatan. Buktinya, 911 Carrera mencatatkan penggunaan bahan api 7.4 liter bagi setiap 100km. Sementara  911 Carrera S (7.7L/100km) dan 911 Carrera 4S (7.9L/100km).

Buat pertama kalinya, 911 Carrera didatangkan dengan pilihan Sport Chrono Package  yang melibatkan satu suis pada stereng. Ciri yang diambil daripada model 918 Spyder itu menawarkan pilihan mode pemanduan Normal, Sport, Sport Plus dan Individual.

Porsche-911-Carrera-mekanika (5)

Dengan casis Porsche Active Suspension Management (PASM) pula, anda boleh mengharapkan kualiti pemanduan dinamik yang terbaik. PSM baharu ini membolehkan jentera tersebut direndahkan sebanyak  10mm. Sekali gus menawarkan pemanduan mantap di selekoh.

Tidak cukup dengan itu, 911 Carrera juga dilengkapi ciri Porsche Traction Management (PTM) yang telah dipertingkatkan. PTM memastikan cengkaman yang terbaik dalam apa jua kondisi pemanduan.

Porsche-911-Carrera-mekanika (6)

Satu lagi ciri standard untuk 911 Carrera ialah Porsche Communication Management System (PCMS) yang merangkumi modul navigasi dalam talian dan kawalan suara. PCMS boleh dioperasi menerusi skrin setuh bersaiz tujuh inci.

Harganya? Anda boleh memiliki sebuah 911 Carrera pada harga asas RM870,000 seunit, RM970,000 untuk 911 Carrera S dan RM1,040,000 bagi 911 Carrera 4S.

Google ads
Back to top button