Buletin

TOYOTA PERKENAL COROLLA 50 MILLION EDITION DI JEPUN. 3 VARIAN, HARGA BERMULA RM103K

Pengeluar kenderaan Jepun, Toyota telah mencatat jualan sebanyak 50 juta unit model Corolla bermula pada tahun 1966 sehingga 2021.

Bersempena detik sejarah tersebut, Toyota melancarkan Corolla 50 Million Edition di pasaran Jepun.

Model edisi khas itu ditawarkan dalam tiga varian Corolla sedan empat pintu, Corolla Sport dan Corolla Touring.

Varian sedan dijual pada harga bermula AS$24,814 (RM103,675), Corolla Sport AS$24,771(RM103,495) manakala Corolla Touring dengan tag harga AS$25,248 (RM105,488).

Ia turut didatangkan pelbagai warna menarik termasuk hitam (Attitude Black Mica dan Black Mica), kelabu (Slate Gray Metallic), putih (Platinum White Pearl Mica), Army Rock Metallic dan Preciuos Metal.

Dari segi rekaan, Corolla 50 Million Edition hadir dengan sentuhan unik seperti gril bawah hitam berkilat, spoiler belakang dan lencana 50 Million Edition pada fender hadapan.

Varian Sedan dan Touring didatangkan rim aluminium 17 inci dibaluti tayar 215/45R17  manakala Sport mendapat rim aluminium 16 inci dibaluti tayar 205/55R16.

Kedua-dua rim berwarna hitam matte dalam menyerlahkan sisi sporty jentera berkenaan.  

Ruang dalaman pula, terdapat lencana 50 Million Edition dan pilihan trim istimewa termasuk kulit upholsteri dipadankan jahitan warna merah, jingga atau emas.

Model terbaharu itu mendapat khidmat sistem hibrid Toyota enjin 1.8 liter Naturally Aspirated (NA) dan motor elektrik.

Gabungan kuasa berkenaan mampu menjana kuasa mencecah 121 hp dipadankan kotak gear CVT.  

Tidak dapat dipastikan sama ada Corolla 50 Million Edition akan memasuki pasaran lain di dunia. – carscoops

Google ads
Back to top button