DODGE CHALLENGER HELLCAT TERBALIKKAN TRAK PIKAP – GANAS BETUL KUCING NERAKA NI (VIDEO)
Ini antara sebab kami tak berapa gemar dengan kereta-kereta otot dari AS ni. Ramai yang mampu memilikinya tapi dengan skil memandu kelaut dan hidung yang agak tinggi. Tapi syukurlah sebab bukan Ford Mustang menjadi bintang utama sebaliknya sebuah Dodge Challenger Hellcat terbaru.
Kejadian berlaku selepas sesi Cars & Coffee di salah sebuah bandar di AS beberapa hari lepas. Alah macam sesi the tarik kat sini la, cuma ia lebih berfokuskan supercar.
Kejadian takdelah nampak ekstrim sangat tapi enjin kenapa sebaik sahaja meninggalkan lokasi melepak, pemandu kelihatan hilang kawalan lantas merempuh sebuah trap pikap sampai terbalik.
Biasanya ia berlaku sebab dua perkara je, sama ada pemandu ingin menunjuk ke’power’an jentera mereka ataupun pemandu baru lepas pekena sambal belacan dan terlupa ada penyakit resdung. Sekali bersin sambil tekan minyak.
Mula-mula nampak macam bergaya ala keluar dari pit tapi sekali bahagian ekor hilang cengkaman, terus sebuah Silverado menjadi mangsa. Syukurlah tiada sebarang kecederaan dilaporkan tapi kalau kena macam ni memang menyusahkan betul.
Untuk makluman khususnya jika anda seorang warga MLM berjaya dan ingin memiliki Hellcat ni, ia menggunakan enjin V8 6.2L supercharged yang mampu menjana 717 hp kuasa maksima dan 889 Nm tork.
Jadi kalau nak beli tu sila berhati-hati dan pergilah daftar kat kelas advance driving ke, defensive driving ke. Jangan sampai jadi macam ni okey. Nasib baik kena kat trak pikap, kalau kena kat Alza? Hish, mintak dijauhkanlah.