Buletin

JPJ TAWAR DISKAUN 70 PERATUS SAMAN SELAMA DUA BULAN

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun sebanyak 70 peratus untuk semua saman termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam selama dua bulan.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata tawaran diskaun untuk saman yang boleh dikompaun itu adalah bersempena sambutan ulang tahun ke75 JPJ, melibatkan 3.5 juta saman aktif yang dikenal pasti sejak 2010 hingga Mac tahun ini.

Beliau berkata pembayaran saman dengan diskaun yang ditetapkan itu boleh dibuat di semua pejabat JPJ serta secara dalam talian melalui portal rasmi jabatan.

“Saya galakkan bayar saman ini secara dalam talian bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di JPJ selain ia kurang memudaratkan,” katanya.

Wee berkata JPJ juga memperkenalkan  sistem menunggu giliran secara dalam talian iaitu JPJeQ hari ini  bagi mengelakkan 3C  (tempat sesak, sempit dan duduk jarak dekat) di semua premis dan kaunter JPJ.

“Aplikasi secara mobile itu membenarkan pelanggan membuat pilihan cawangan JPJ yang tidak ramai pelanggan serta menggunakan kod QR untuk mendapatkan nombor giliran dan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas,” katanya. – Bernama

Google ads
Back to top button