Motosikal

DWP2025: DUCATI SCRAMBLER ICON DARK, FULL THROTTLE DIPERKENAL 

Ducati meneruskan Ducati World Premiere 2025 dengan memperkenalkan dua model Scrambler yang diberi peningkatan bagi tahun 2025. Bagi tahun 2025, Ducati Scrambler kini hadir dengan Icon Dark dan Full Throttle yang kini hadir dengan rupa serba hitam. 

*Scrambler Full Throttle (kiri), Icon Dark (kanan)

Menurut Ducati, Scrambler Icon Dark akan ditawarkan bersama varian Icon sedia ada sementara Full Throttle pula menggantikan varian Full Throttle semasa. 

Secara teknikal, Icon Dark mengekalkan perincian dan kelengkapan sama seperti Icon sedia ada termasuk dipacu enjin parallel-twin 803cc dengan sistem penyejukan udara yang berupaya menjana 73hp pada 8,250rpm dan 67Nm. 

*Scrambler Icon Dark

Selain itu, Scrambler Icon Dark ini juga kekal menawarkan casis dan tetapan suspensi sama yang terdiri dari fork KYB 41mm depan dan penyerap hentak belakang dengan pra-beban (preload) boleh laras. 

Pakej elektronik telah pun dinaik taraf secara signifikan pada 2023 dan dikekalkan pada model 2025 termasuk mod menunggang, cornering ABS, traction control, skrin TFT dan lampu LED dengan DRL (daytime running light). 

Ducati dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa pemilihan warna hitam membenarkan penunggang untuk melakukan kerja ubah suai dengan lebih mudah. Selain itu, lencana pada bahagian tangki dan panel sisi juga telah dinaik taraf agar Icon Dark ini tampil lebih ringan. 

*Scrambler Full Throttle

Sementara itu, varian Full Throttle pula diberikan suntikan warna serba hitam berbanding merah/hitam sebelum ini. Gabungan warna hitam dan gangsa menonjolkan lagi aura 70an. 

Selain itu, versi Full Throttle 2025 ini juga didatangkan dengan ekzos Termignoni secara standard, quickshifter dan kedudukan handlebar yang lebih rendah. 

GALERI: DUCATI SCRAMBLER FULL THROTTLE 2025

GALERI: DUCATI SCRAMBLER ICON DARK 2025

Google ads
"
"
Back to top button