Buletin

PORTOFINO – MODEL ENTRY LEVEL TERBAHARU FERRARI

Pengeluar kereta mewah, Ferrari baru-baru imi memperkenalkan model entry level terbaharunya, Portofino. 

Portofino ialah model V8 GT yang dijangka mendominasi segmennya itu menawarkan kombinasi sporty, elegan dan keselesaan yang sempurna. 

Nama Portofino itu diambil sempena sebuah bandar pelabuhan yang cantik di Itali. Malah pelancaran warna baharu Ferrari turut didedikasikan kepada bandar Rosso Portofino.  

Jentera tersebut dikuasakan oleh enjin Ferrari V8 twin-turbo. Ia merupakan sebahagian daripada keluarga enjin yang dicalonkan dalam anugerah enjin terbaik dunia pada tahun 2016 dan 2017. 

Lebih berkuasa berbanding enjin model California T, boleh memecut dari 0 hingga 10km/j dalam masa hanya 3.5 saat. Dengan kuasa mencecah 590hp, Portofino disifatkan sebagai convertible paling berkuasa bersama bumbung hard top, ruang but yang besar dan dua tempat duduk.  

Portofino dipasang dengan sistem ekzos baharu dan pengurusan boost boleh ubah untuk menyesuaikan kuasa tork di antara gear. Ia bagi memastikan enjin lebih berkuasa dan menjimatkan bahan api. Penggunaan bahan apinya kini adalah sekitar 10.5 liter bagi setiap 100km. 

Direka oleh Pusat Reka Bentuk Ferrari, tidak dapat dinfikan bahawa konfigurasi fastback dua kotak itu memang cantik dan agresif. Rekaannya dikatakan mengambil inspirasi model 812 Superfast dan GTC4Lusso. 

Di bahagian kabin, ia menggunakan stereng yang sama seperti 812 Superfast dan sistem infotaimen GTC4Lusso. Portofino dijadual membuat penampilan sulung pada Frankfurt Motor Show 2017 bulan depan. 

GALERI 

Google ads
Back to top button