Buletin

SISMA AUTO KINI PENGEDAR SAH VOLVO

SISMA Auto yang dikenali dengan dengan dua jenama mewah dari Britain, kini menambah jenama ikonik ketiga dalam portfolionya iaitu ikon dari Sweden, Volvo.

Syarikat tersebut telah mengumumkan bahawa ia telah dilantik sebagai pengedar sah Volvo oleh Volvo Car Malaysia Sdn. Bhd.

“SISMA Auto mempunyai rekod yang cemerlang dalam menguruskan jenama mewah. Dengan penyertaan mereka dalam keluarga Volvo Cars, kami akan dapat memenuhi permintaan yang kian meningkat terhadap jenama kami,” kata Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Lennart Stegland. 

Baru-baru ini, Volvo Car Malaysia menyaksikan peningkatan memberangsangkan dalam jaringan pengedarnya di bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia. Ia sebagai  usaha untuk menyediakan perkhidmatan dan pilihan lebih baik kepada pelanggan.

Selari dengan perkembangan ini, SISMA Auto akan mengubah suai ruangnya di Menara Worldwide, Jalan Bukit Bintang menjadi bilik pameran Volvo. Dijadual dibuka pada Oktober depan, bilik pameran itu akan membantu meningkatkan kesedaran terhadap rangkaian produk terkini Volvo. 

Pemilik kereta yang menetap atau bekerja di kawasan sekitarnya akan dapat menikmati pengalaman pemilikan premium. Ini kerana bilik pameran Volvo tersebut ada menawarkan perkhidmatan Concierge SISMA Auto yang menawarkan pengambilan dan penghantaran kenderaan secara eksklusif dari rumah atau pejabat. Pusat servis Volvo di luar tapak SISMA Auto turut menawarkan rangkaian perkhidmatan selepas jualan yang lengkap. 

Sempena pembukaan bilik pameran itu, pelanggan yang membeli kereta Volvo daripada SISMA Auto berpeluang memenangi lawatan ke Sweden dengan semua perbelanjaan ditanggung.

Pengarah Urusan SISMA Auto, Syed Khalil Syed Ibrahim berkata, pihaknya amat teruja untuk mengalu-alukan satu lagi jenama kereta Continental premium. “Kami masih komited untuk membangunkan jenama Jaguar Land Rover di Malaysia dalam jangka masa panjang,” kata Syed Khalil.  

SISMA Auto akan terus menjalankan operasi cawangan Jaguar Land Rover syarikat itu di Glenmarie dan Pulau Pinang untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan setianya.

Maklumat lanjut, sila hubungi +6019-2298596.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button