Peranti

PRODUK AUDIO PREMIUM SAMSUNG LEVEL

Samsung Electronics Co., Ltd baru-baru ini melancarkan Samsung Level, satu siri produk audio premium di Singapura. 

Samsung-Level-mekanika  (10)

Siri Level dibangunkan bagi menawarkan rangkaian aksesori audio berkualiti tinggi, selesa, mudah dibawa dan penuh gaya. Produk ini membolehkan pengguna mendapatkan kualiti audio terbaik daripada peranti Samsung mereka.

Produk ini terdiri daripada empat produk iaitu Level Over, Level On, Level In dan Level Box. Kesemua empat produk ini membolehkan pengguna menerima panggilan telefon ketika mendengar muzik. Pada masa yang sama memastikan kejelasan suara terbaik.

Samsung-Level-mekanika  (21)

Level Over ialah fon kepala utama Samsung yang menawarkan kualiti bunyi organik HD. Ia juga memiliki reka bentuk yang ergonomik, selesa dan padanan Bluetooth tanpa wayar.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi Samsung Level daripada Google Play Store atau Samsung Apps yang direka khas untuk meningkatkan pengalaman menggunakan produk Samsung Level.

Samsung-Level-mekanika  (11)

Mereka juga boleh mengubah suai pengalaman audio mereka untuk dipadankan dengan apa jua jenis muzik, media atau persekitran melalui sistem EQ yang dikenali sebagai Samsung SoundAlive. Dengan equalizer SoundAlive, Samsung Level Over akan menyesuaikan EQ untuk menghasilkan keseimbangan bunyi yang sempurna.

Samsung-Level-mekanika  (7)

Level On menggabungkan gaya kompak dengan keselesaan dan sistem bunyi bagi menawarkan pengalaman audio yang premium. Produk itu direka untuk menawarkan rangkaian penuh bunyi semula jadi dan jelas.

Samsung-Level-mekanika  (6)

Level In pula menawarkan persekitaran yang meriah menerusi pembesar suara tiga hala berkuasa. Ia membolehkan pengguna menikmati bunyi yang berkualiti.

Samsung-Level-mekanika  (5)

Level Box ialah pembesar suara kompak dengan ketersambungan Bluetooth. Menampilkan reka bentuk besi solid, ia dilengkapi pembesar suara stereo bersaiz 56mm dan radiator pasif.

Sistem itu dioptimumkan untuk memberi bunyi berkualiti tinggi yang jelas dan seimbang. Ciri pengurangan bunyi bising dan gema pula menjadikannya pembesar suara yang sesuai untuk tujuan panggilan telefon.

Samsung-Level-mekanika  (12)

Pengguna boleh meletakkan telefon bimbit dengan ciri Near-Field Communications (NFC) berhampiran Level Box untuk penyambungan yang mudah dan pantas. Peranti yang tidak mempunyai NFC bagaimanapun masih boleh menggunakan sistem padanan Bluetooth yang mudah. Pengguna juga boleh menggunakan Level Box selama 15 jam tanpa henti.

Samsung-Level-mekanika  (17)

Siri produk Samsung Level akan mula dipasarkan di kebanyakan pasaran di seluruh dunia pada pertengahan bulan ini. Ia juga boleh dibeli melalui Samsung Online Store di beberapa negara terpilih.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button