Stail

THE AMAZING SPIDER-MAN 2

Filem: The Amazing Spider-Man 2

Genre: Aksi/sains-fiksyen

Pengarah: Marc Webb

Pelakon: Andrew Garfield, Emma Stone, Jamie Foxx, Dane DeHaan, Felicity Jones dan Sally Field.

Bintang: ***

the-amazing-spiderman-2-mekanika (10)

Apabila penerbit trilogi Spider-Man, Sony Pictures bercadang untuk menerbitkan versi baharu tentang adiwira labah-labah yang diberi judul The Amazing Spider-Man, umum terperanjat dan keliru.

Ini kerana trilogi Spider-Man masih hangat ‘bernyawa’ dan audiens ternanti-nantikan siri keempatnya. Menampilkan aktor berwajah lucu, Andrew Garfield menggantikan tempat Tobey Maguire sebagai Spider-Man/Peter Parker. Siri pertama The Amazing Spider-Man muncul pada Julai 2012 dengan kos mencecah AS$230 juta. Selepas ditayangkan di seluruh dunia, ia sukses mengumpul kutipan sebanyak AS$753 juta.

the-amazing-spiderman-2-mekanika (7)

Ternyata keputusan eksekutif yang dibuat oleh Sony Pictures itu atas dasar keuntungan semata-mata . Ini memandangkan kutipan siri Spider-Man semakin merudum sebenarnya.

Bermula dengan Spider-Man yang mengumpul sebanyak AS$418 juta, sebelum kutipan mencanak naik kepada AS784 juta menerusi Spider-Man 2. Kutipan kembali merudum kepada AS$554 juta apabila Spider-Man 3 dihasilkan dengan kos yang cukup tinggi, mencecah AS$258 juta.

the-amazing-spiderman-2-mekanika (3)

Formula bahawa yang baharu dan segar akan lebih digemari ramai sukses dilampiaskan oleh The Amazing Spider-Man. Namun adakah impaknya itu akan berlarutan menerusi sekuel yang selanjutnya?

Dihasilkan dengan kos AS$255 juta, The Amazing Spider-Man 2 yang muncul pada tahun ini menggalas cabaran untuk mengatasi kutipan pecah panggung empat buah filem Spider-Man sebelum ini.

Andrew Garfield;Paul Giamatti

Siri filem adiwira seperti Spider-Man sememangnya produksi filem kitar semula. Itu hakikat hakiki tentang siri filem Spider-Man. Maka, apa lagi yang tinggal untuk dihidangkan agar ia tidak klise? Tiada.

Percubaan untuk tidak muncul klise dihasilkan menerusi empat plot berlainan yang mempunyai kaitan. Peter Parker berada dalam misi untuk merungkai misteri kematian kedua-dua ibunya yang pernah bekerja dengan syarikat konglemerat, Oscorp.

the-amazing-spiderman-2-mekanika (6)

Oscorp kini diterajui kawan baik Peter, Harry Osborne yang diwarisi daripada mendiang bapanya, Norman. Harry bagaimanapun mengidap sejenis penyakit sama seperti telah membunuh bapanya. Dia percaya hanya darah Spider-Man yang boleh menyembuhkan penyakitnya itu.

Dalam pada itu, Spider-Man terserempak dengan seorang lelaki naïf, Max Dillon yang juga merupakan pekerja di Oscorp. Malangnya, ekoran suatu insiden, Max terjatuh ke dalam takungan air yang mengandungi aliran elektrik dan berubah rupa menjadi makhluk berbahaya dikenali sebagai Electro.

906429 - The Amazing Spider-Man 2

Plot keempat memfokus kepada hubungan cinta antara Harry dan Gwen Stacy yang kebetulan menjadi pelatih di Oscorp. Sebaris plot yang ditampilkan kali ini, kesemuanya klise dan itulah yang dikitar semula. Justeru, terpulang kepada bagaimana olahan perjalanan naskhah yang berputar selama dua jam 14 minit ini.

Penyelamat sekuel pertama The Amazing Spider-Man 2 ini sudah tentu jalinan cinta di antara Harry dan Gwen. Biarpun kisah cinta merupakan sesuatu yang klise, namun keserasian antara Harry dan Gwen menjadikannya muncul bukan sekadar indah tetapi segar. Itu sahaja.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Check Also
Close
Back to top button