Artikel PilihanBuletin

SEMUA MODEL MAZDA AKAN DILENGKAPI PACUAN AWD. KECUALI SATU…

Mazda3 sedan dan hatchback baharu 2019 mempunyai sesuatu yang tidak pernah ada pada Mazda sebelum ini. Pilihan pacuan semua roda all-wheel-drive (AWD). Ia juga adalah pertama kali diperkenalkan untuk kereta penumpang Mazda. Sebelum ini, model AWD hanya pada versi prestasi tinggi seperti BPD dan Clair pada era 90-an

Ketua Pegawai Eksekutif Mazda Amerika Utara, Masahiro Moro berkata bahawa AWD akan menjadi ciri pilihan baru dalam setiap model baru yang akan dihasilkan Mazda selepas ini.

Semua akan didatangkan dengan opsyen pacuan semua roda kerana Mazda percaya, pengguna layak mendapat pilihan pacuan yang lebih seronok dipancu dan lebih stabil (dan lebih mahal lah pastinya)

BACA: MAZDA KINI DENGAN 5 TAHUN PENYELENGGARAAN PERCUMA

Ia akan didatangkan pada semua model kecuali satu.

Miata kita akan terus dipacu roda belakang. 

Ini kerana Miata berada dalam kelasnya yang tersendiri. Ia adalah kereta legasi yang dicipta untuk pemanduan roadster tradisional. Ia adalah “budaya” sebuah roadster coupe kompak yang akan diteruskan untuk selamanya.

Miata yang diperkenalkan pada awal 90-an menjadi sebahagian daripada sejarah penting Mazda dan antara sebabnya ialah konfigurasi pacuannya yang ringkas dan mudah. Ia juga antara roadster yang terbaik dalam kelasnya yang telah berjaya meletakkan Mazda sebaris dengan pengeluar besar lain ketika itu.

Tags
Google ads
Back to top button