
PROJEK HSR KUALA LUMPUR-SINGAPURA DITAMATKAN
Perjanjian Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura disahkan telah berakhir pada 31 Disember, sekali gus menyaksikan projek tersebut terbatal secara sendirinya.
Dalam kenyataan bersama Malaysia-Singapura memaklumkan kedua-dua negara akan mematuhi syarat masing-masing dan melakukan tindakan yang diperlukan akibat penamatan perjanjian projek HSR.
“Susulan kesan pandemik Covid-19 terhadap ekonomi Malaysia, kerajaan Malaysia telah mencadangkan beberapa perubahan pada projek HSR.
“Kedua-dua kerajaan telah melakukan beberapa perbincangan mengenai perubahan ini namun gagal mencapai kata sepakat,” demikian menurut kenyataan bersama itu.
Kenyataan itu masing-masing diwakili Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.
Dalam perkembangan sama, kedua-dua negara menegaskan akan tetap komited menjaga hubungan dua dan bekerjasama erat dalam pelbagai bidang, termasuk memperkukuhkan hubungan di antara kedua-dua negara. – Awani
- BACA: MONUMEN SAVED BY THE WHALE’S TAIL SELAMATKAN KERETA API TERJATUH
- BACA: KERETA API LALU BAWAH JAMBATAN RENDAH, NILAI KEROSAKAN KERETA FORD CECAH RM8.2 JUTA
- BACA: POLIS SWITZERLAND CARI PENUMPANG KERETA API TERTINGGAL JONGKONG EMAS BERNILAI RM1 JUTA
- BACA: ULANG TEDUNG SELA DITANGKAP DI STESEN KERETA API SINGAPURA