Buletin

ULANG TEDUNG SELA DITANGKAP DI STESEN KERETA API SINGAPURA

Sepasukan penyelamat haiwan berjaya menangkap seekor ular tedung sela atau King Cobra di sebuah stesen kereta api di Singapura.

Menurut laporan Reuters, pasukan penyelamat menggunakan peralatan khas bagi menangkap reptilia berbisa yang melingkar di sebalik pokok hiasan di tepi stesen kereta api berkenaan.

Melihat kepada video yang dimuat naik di Twitter Reuters, ular itu dimasukkan ke dalam tong biru sebelum dilepaskan ke hutan berhampiran.

Video yang tular di laman sosial itu telah ditonton lebih 537,000 kali. King Cobra ialah antara ular paling berbisa di dunia. Satu patukannya mempunyai racun yang cukup untuk membunuh 20 orang pada satu-satu masa. – Reuters

Tags
Google ads
Back to top button