Buletin

POLIS SWITZERLAND CARI PENUMPANG KERETA API TERTINGGAL JONGKONG EMAS BERNILAI RM1 JUTA

Pasukan polis Switzerland kini sedang giat menjejaki individu yang tertinggal barangan berharga di dalam sebuah gerabak kereta api.

Beg yang ditemui di dalam gerabak kereta api Swiss Federal Railways (SBB) itu mengandungi beberapa jongkong emas bernilai lebih AS$190,000 (RM1 juta). Kereta api tersebut dikatakan bergerak dari bandar St. Gallen menuju ke Lucerne pada Oktober tahun lalu.

“Walaupun siasatan menyeluruh telah dijalankan, pemilik jongkong emas berkenaan gagal dikesan,” lapor akhbar tempatan, Lucerne Canton.

Emas itu kemudian disita oleh pejabat peguam negara Switzerland. Kini, pihak berkuasa mengambil keputusan untuk menguar-uar penemuan jongkong emas itu bagi mencari pemilik misterinya.

Dalam satu buletin bertarikh 2 Jun, pemilik mempunyai masa selama lima tahun untuk menuntut emas berkenaan.

Seorang jurucakap pejabat peguam memberitahi terdapat beberapa pertanyaan telah dibuat, namun perinciannya tidak didedahkan. – CNN

Google ads
Back to top button