Buletin

BMW X5 KENA ‘BELASAH’ SEKUMPULAN PENUNGGANG BASIKAL. HILANG AKAL KE?

Satu insiden membimbangkan melibatkan sekumpulan penunggang basikal muda ‘membelasah’ sebuah BMW di persimpangan jalan East 21st dan Fifth Avenue, Manhattan, New York, Amerika Syarikat(AS).

Kejadian tersebut yang berlaku kira-kira pada pukul 4 petang pada awal minggu ini menjadi bahan berita di seluruh AS.

Dalam rakaman video itu, BMW dipandu Max Torgovnick telah diserang sekumpulan penunggang basikal.

Mereka bukan sahaja memukul di bahagian tingkap dan hud kenderaan terbabit malah salah seorang kumpulan melompat di bahagian bonet serta menendang cermin hadapan sehingga retak.

Torgovnick mendakwa, tendangan tersebut begitu kuat sehingga membuatkan serpihan kaca terkena dia dan ibunya yang berada di dalam kenderaan.

Dia berkata kepada New York Daily News, salah seorang penunggang basikal berpaut pada kenderaan untuk bergerak.

Bagaimanapun, Torgovnick menambah, dia memperlahankan kenderaan agar penunggang tersebut dapat melepasinya tetapi kedengaran bunyi hentakan di bahagian belakang jentera.

Salah seorang saksi yang merakam kejadian tersebut, berkata, ia merupakan penunggang basikal dan bibirnya berdarah akibat hentakan itu.

Torgovnick berkata dia memberhentikan kenderaan dan ketika ingin membuka pintu melihat apa yang berlaku, para penunggang basikal sudah mengepung kereta.

Dia mengambil keputusan menutup pintu dan duduk di dalam kenderaan.

Ibu Torgovnick yang berada di dalam kereta telah menghubungi talian kecemasan.

Kumpulan penunggang basikal beredar sebelum pihak polis tiba di tempat kejadian.

Menurut akaun Twitter rasmi NYPD,  orang yang terlibat dalam kejadian itu dikehendaki melakukan kesalahan jenayah. –agensi

Google ads
Back to top button