Buletin

PROJEK KERETA NASIONAL KETIGA DITERUSKAN- MOHAMED AZMIN

Kerajaan akan meneruskan projek kereta nasional ketiga meskipun berlaku perubahan kepimpinan negara pada Mac lalu.

Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. turut meminta Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA) dan Daihatsu memberi taklimat serta membentangkan kertas kerja kepada kerajaan mengenai kaedah kedua syarikat automotif itu dapat membantu membangunkan projek kereta nasional ketiga.

“Ini adalah demi keperluan untuk mengembangkan sektor automotif negara. Saya juga mencadangkan kepada pengurusan (DreamEDGE) untuk memberikan taklimat mengenai kemajuan kereta nasional ketiga.

“Ini kerana kita sudah mengenal pasti platform dan pelaksanaannya. Perkara ini perlu diperjelaskan,” katanya selepas majlis memorandum persefahaman (MoU) antara Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dengan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd, Perodua Suppliers Association (P2SA) dan Perodua Dealers Association (PDA).

Mohamed Azmin berkata Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP2020) diteruskan kerana ia adalah agenda dan rangka kerja untuk industri automotif masa hadapan. – Berita Harian.

Tags
Google ads
Back to top button