Buletin

CADILLAC ‘TERBANG’ REMPUH KEDAI. KERUGIAN CECAH RM400,000

Adegan cemas sebuah kereta Cadillac ‘terbang’ merempuh pagar kedai pengedar kenderaan di Miami, Amerika Syarikat, dirakam kamera keselamatan pada pagi Rabu lalu.

Dalam rakaman dikongsi melalui online, kereta berkenaan yang dibawa laju menghampiri simpang tiga kira-kira pada pukul 5 pagi.

Ketika berada di simpang itu, pemandu tidak menunjukkan sebarang tanda memperlahankan kenderaan sekali gus merempuh median dan terbabas di depan pagar kedai pengedar.

Difahamkan, selepas kejadian terdapat seorang wanita yang cuba menyelamatkan diri dengan memanjat kenderaan tersebut dan melarikan diri. Wanita yang dirakam kamera merupakan penumpang kenderaan tersebut.

Channel 8 melaporkan Jabatan Bomba telah menyelamatkan pemandu kereta itu dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Mangsa dikatakan berada dalam keadaan stabil.

Kereta Cadillac dipandu mangsa dan pikap trak yang dilanggar ketika kejadian mengalami kerosakan teruk.

Dalam pada itu, pemilik kedai pengedar memberitahu terdapat enam kenderaan yang dilanggar kereta berkenaan. Dia menganggarkan kerugian mencecah kira-kira $100,000 (RM428,650).

Pihak polis memberitahu mereka sedia maklum wanita yang melarikan diri dari lokasi kejadian. Bagaimanapun, siasatan masih dilakukan berhubung punca kemalangan sama ada ia disebabkan alkohol atau kereta dipandu dengan laju. – carscoops

Google ads
Back to top button