Buletin

KERETA NASIONAL KETIGA DIDEDAH. SERONOK DIPANDU, JIMAT MINYAK DAN LAMPU BELAKANG MACAM AUDI

Sempena majlis pelancaran Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020), pihak yang menerajui Projek Kereta Nasional Ketiga, DreamEdge ada meletakkan kereta tersebut di dalam sebuah kotak besar.

Pengunjung hanya boleh melihat kereta itu menerusi dua lubang kecil pada bahagian belakang dan hadapannya. Menjenguk ke dalam, anda boleh melihat sebuah kereta ditutup dengan kain hitam, hanya hanya lampu belakang dan hadapan yang didedahkan.

Melihat kepada maklumat yang disediakan di luar kotak berkenaan, kereta itu kan mempunyai rekaan moden, futuristic, seronok dipandu, pengendalian mantap ketersambungan dalam kenderaan serta Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS), mungkin seperti yang ada pada model-model Perodua terkini.  

DreamEdge mendakwa sedan baharu itu juga mempunyai tahap penggunaan bahan apa yang menjimatkan.

Dalam sidang media selepas pembentangan NAP 2020, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed memberitahu prototaip kereta itu sudahpun siap. Ia kini sedang menunggu suntikan dana daripada pelabur bagi membolehkannya dipasarkan ke pasaran antarabangsa.

Tun M juga menegaskan bahawa kerajaan tidak akan melabur di dalam projek itu. Jadi, pelabur-pelabur swasta amat diperlukan untuk membolehkan teknologi baharu dipadang pada kereta berkenaan.

“Kita sudah pun menghasilkan protaip, tetapi belum mendedahkannya kepada awam. Kita mempunyai keupayaan untuk membinanya, tetapi kita tetap memerlukan pelabur.

“Sebab itulah kita minta pihak swasta untuk melabur, seterusnya menghasilkan kereta bagi pasaran domestik dan antarabangsa,” jelas Tun M.   

Tags
Google ads
Back to top button