Buletin

PROMOSI AKHIR TAHUN PROTON

PROTON Holdings Bhd (Proton) baru-baru ini mengumumkan bahawa ia kini menawarkan rebat istimewa sempena promosi akhir tahunnya.

promosi-akhir-tahun-proton-mekanika (2)

Bermula sekarang hingga 31 Disember 2014, para pelanggan layak menerima pelbagai tawaran menarik seperti rebat tunai sehingga RM5,000 untuk model-model terpilih.

Bukan itu sahaja, promosi yang melibatkan semua bilik pameran Proton di seluruh negara itu juga menawarkan pemilik baharu varian terpilih model Saga, Persona, Satria Neo, Exora, Preve, Suprima S dan Inspira dengan servis percuma selama tiga tahun serta jalur lebar bergerak Yes 4G 20 Mbps berkelajuan tinggi.

promosi-akhir-tahun-proton-mekanika (4)

“Lebih menarik lagi, promosi akhir tahun ini turut melibatkan model terbaharu Proton, Iriz. Pemilik Iriz bakal menerima jaminan kilang sehingga lima tahun  atau perbatuan sejauh 150,000km (mana-mana tiba dahulu),” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., Norzahid Mohd Zahudi.

Bagi pemilik Proton sedia ada yang ahli keluarga mereka ingin memiliki sebuah kenderan baharu Proton, sila kunjungi mana-mana bilik pameran Proton pada hari ini. Sebabnya, mereka layak untuk menerima rebat sebanyak lima peratus.

promosi-akhir-tahun-proton-mekanika (6)

Kempen yang dikenali sebagai  ‘My Proton Family Campaign’ ini hadir bersama jaminan selama tiga tahun untuk semua kereta Proton, kecuali Iriz.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar mana-mana kenderaan Proton sebelum  31 Disember 2014, sehingga stok masih ada. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button