Buletin

MITSUBISHI TRITON VGT RED PEAK EDISI TERHAD

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) semalam memperkenalkan model Mitsubishi Triton VGT Red Peak Edisi Terhad sempena pelancaran acara Mitsubishi Red Peak Challenge di Kota Kinabalu, Sabah. 

Triton-VGT-Red-Peak-Limited-Edition-mekanika (5)

Terhad kepada sepuluh unit dan eksklusif buat para pelanggan di Malaysia Timur sahaja, Mitsubishi Triton VGT Red Peak Edisi Terhad telah diuji oleh lagenda Rali Dakar, Hiroshi Masuoka.

Triton-VGT-Red-Peak-Limited-Edition-mekanika (6)

Ditawarkan pada harga RM114,550 di Sabah dan RM114,640 di Sarawak (di atas jalan tidak termasuk insurans), trak pikap itu hadir bersama pelekat istimewa yang menyerlahkan lagi reka bentuk sporty  Mitsubishi Triton. Nombor perlumbaan Masuoka juga dilekatkan di atas bonetnya.

Triton-VGT-Red-Peak-Limited-Edition-mekanika (4)

Aspek estetiknya ditingkatkan dengan penggunaan rim aloi bersaiz 17 inci berwarna hitam. Pada bahagian kabin pula, tempat duduknya dibalut kulit dengan rekaan baharu berwarna merah.

Mitsubishi Triton VGT Red Peak Edisi Terhad dijana oleh unit enjin diesel bersesaran  2.5 liter. Ia berupaya menghasilkan kusa mencecah 178PS @ 4,000rpm dan tork maksimum 350Nm daripada 1,800 – 3,500rpm.

Triton-VGT-Red-Peak-Limited-Edition-mekanika (7)

Triton VGT GS juga menjadi satu-satunya trak pikap yang dilengkapi sistem Hybrid Limited Slip Differential (LSD). Ia berfungsi memberi maklum balas terbaik ketika berada di laluan off-road.

Hybrid LSD direka untuk berfungsi bersama sistem brek ABS dan EBD yang merupakan ciri standard pada varian Triton VGT GS.

Triton-VGT-Red-Peak-Limited-Edition-mekanika (3)

Mitsubishi Triton VGT Red Peak Edisi Terhad kini hadir bersama tawaran rebat tunai sebanyak RM7,000 dengan penyelenggaraan percuma selama dua tahun atau rebat tunai RM9,000.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button