Buletin

PROMOSI JUALAN ISTIMEWA FORD

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) semalam mengumumkan promosi istimewa ke atas pembelian mana-mana varian Focus, Fiesta 1.5L dan EcoSport Trend sehingga 30 April 2105 di semua pengedar Ford di seluruh negara.

Ford-Focus-mekanika (1)

Pelanggan yang membeli mana-mana model Ford Focus akan menerima rebat tunai berjumlah RM10,000. Bagi mereka yang memilih model Fiesta 1.5L dan EcoSport Trend pula, rebat tunai yang ditawarkan adalah sebanyak RM8,000.

Demi memberi ketenangan minda kepada para pelanggannya, semua varian Focus, Fiesta dan EcoSport hadir bersama Pelan Servis Lanjutan (ESP) Ford. Ia adalah program penyelenggaraan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 60,000km yang merangkumi penukaran alat ganti dan kos buruh secara percuma.

Ford-Focus-mekanika (2)

Sebagai model kenderaan terlaris di dunia, Focus sememangnya sarat dengan pelbagai teknologi termaju dan sistem bantuan pemandu. Ditawarkan dalam varian Titanium+ dan Sport+, ciri Active Park Assist Ford membantu pemandu memarkir Focus di kawasan parkir selari dalam tempoh beberapa saat dengan hanya perlu menekan satu butang.

Ford-Fiesta-mekanika (1)

Fiesta yang bergaya dan pintar tampil dengan rekaan dalaman serta luaran yang berani. Model kompak itu kini dipasang dengan pelbagai ciri yang memberi kemudahan seperti Smart Keyless Entry.

Menawarkan tahap penjimatan bahan api mengagumkan, mudah dikendali dan dilengkapi pelbagai ciri pintar, EcoSport yang dipasang dengan sistem stereng bantuan kuasa (EPAS) merupakan sebuah kenderaan sempurna untuk dipandu di jalan-jalan bandar yang sempit.

Ford-EcoSport-mekanika (1)

EcoSport hadir bersama rangkaian ciri keselamatan dan sistem bantuan pemandu. Sistem Electronic Stable Control (ESC) dengan Traction Control System (TCS) memastikan pemandu dapat mengawal kenderaan sepanjang masa, terutama di atas jalan yang licin.

Ciri-ciri keselamatan lain termasuklah Anti-lock Braking System (ABS), Emergency Brake Assist (EBA), Passive Anti-Theft System (PATS) dengan Engine Immobiliser, tali pinggang keledar pra-regangan, teknologi Ford BeltMinder dan cagak ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak.

Ford-EcoSport-mekanika (2)

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.ford.com.my.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button