Buletin

PROMOSI TOYOTA SEPANJANG APRIL

Sepanjang bulan April ini, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) menawarkan ganjaran hebat kepada pelanggan yang membeli model Toyota.

Toyota-April-promo-mekanika (2)

Ganjaran akan diberikan jika anda membeli dari mana-mana bilik pameran UMWT di seluruh negara sehingga 30 April 2016.

Bergantung kepada model dan varian, ganjaran tersebut merangkumi rebat tunai sehingga RM4,000. Pelanggan yang membeli Toyota Vios, Corolla Altis atau Camry Hybrid akan menerima servis berjadual secara percuma selama lima tahun.

Toyota-April-promo-mekanika (3)

Toyota Vios dan Corolla Altis pula hadir bersama aksesori bernilai RM7,200. Aksesori itu merangkumi sistem infotainmen DVD, navigasi GPS, kamera undur, aerokit dan perakam video digital.

“Kami mempunyai panel bank yang menawarkan pinjaman dengan kadar faedah menarik. Proses permohonan pinjaman juga lebih pantas dan mudah,” kata Presiden UMWT, Datuk Ismet Suki.

Toyota-April-promo-mekanika (4)

UMWT kini memberikan jaminan penuh selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had ke atas semua kenderaan baharu yang dibeli mulai 1 April 2016. Program ganjaran ini juga akan dinikmati oleh mereka yang membeli kenderaan pada siri jelajah Toyota WOW.

Maklumat lanjut, sila hubungi talian percuma Toyota: 1800-8-TOYOTA (869682).

Google ads
Back to top button