Buletin

TAWARAN HEBAT MENANTI DI MY AUTO FEST 2016

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) akan menganjurkan acara jualan melibatkan beberapa jenama automotif pada 20 hingga 22 Mei depan.

My-Auto-Fest-2016-mekanika (3)

Berlangsung di Pusat Pameran dan Persidangan Antarabangsa Mines (MIECC) di Seri Kembangan, Selangor, My Auto Fest 2016 ialah lokasi wajib dikunjungi oleh mereka yang merancang untuk membeli kereta baharu.

Antara pengeluar kenderaan yang mengambil bahagian ialah Proton Edar, Honda Malaysia, UMW Toyota, Peugeot, Kia, Citroen, Edaran Tan Chong Motor, Sime Darby Auto Connexion, Jaguar Land Rover, Volvo Cars, Motor Image Malaysia, Daihatsu Sales dan Daihatsu Motors Malaysia.

My-Auto-Fest-2016-mekanika (4)

Acara tersebut merupakan antara insiatif MAA untuk merancakkan jualan kenderaan yang kelihatan agak suram sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

“My Auto Fest 2016 ialah platform terbaik bagi jenama kenderaan untuk meningkatkan jualan masing-masing. Terutama menjelang Hari Raya. Ini kerana banyak tawaran hebat akan diberikan kepada pengunjung,” kata Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad.

My-Auto-Fest-2016-mekanika (2)

Menyentuh tentang jenama motosikal pula,  Aishah memberitahu Kawasaki Motors Malaysia ada menunjukkan minat. Pihaknya juga sedang menunggu maklum balas daripada pengeluar motosikal yang lain.

Aishah menyatakan bahawa MAA telah berbincang dengan pihak bank supaya turut serta dalam My Auto Fest 2016.

Selain masuk percuma, pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga ada disediakan. Orang ramai boleh menikmati hidangan menaik daripada trak-trak makanan dan snek sepanjang acara ini berlangsung. Tidak ketinggalan, gerai-gerai berkaitan kesihatan, fesyen dan kesihatan turut dibuka.

Pertama kali dianjurkan, acara ini dijangka dapat menarik minat lebih 75,000 orang pengunjung. Jumpa anda di sana!

Google ads
Back to top button