
PROTON DIGITAL EXPERIENCE (PROTON DX) RASMI DILANCARKAN – TAWAR PENGALAMAN IMERSIF
ACO Tech, sebuah syarikat dalam kumpulan PROTON yang juga dimiliki bersama oleh Altel dan ECARX, hari ini melancarkan pusat pengalaman digital pertama di Malaysia iaitu PROTON Digital Experience (PROTON DX).
Pembukan PROTON DX dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Yang Berhormat Tuan Chang Lih Kang.

Turut hadir ialah Pengerusi PROTON, Tan Sri Syed Faisal Albar, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr. Li Chunrong, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Encik Roslan Abdullah, , Ketua Pegawai Eksekutif ACO Tech, Encik Li Pu, dan Ketua Pegawai Eksekutif China Construction Bank Malaysia, Encik Wang Qijie.
Terletak di Quill City Mall, Kuala Lumpur, PROTON DX yang mempunyai keluasan 5,275 persegi ini menawarkan pengalaman imersif kepada orang ramai termasuk menggabungkan elemen teknologi interaktif, rekreasi serta gaya hidup.
Untuk rekod, pusat tersebut mempunyai enam zon antaranya kokpit virtual, zon aktiviti, ruang rehat untuk pengunjung selain, terdapat Aico Café.

Menurut kenyataan, kafe tersebut direka untuk menjadi lokasi idea menempatkan pertemuan sosial bagi pemilik PROTON serta komuniti.
Tambahan, pengunjung boleh membeli aneka barangan cenderahati di Zon Gaya Hidup, menampilkan pakaian, barangan gaya hidup hasil kolaborasi antara PROTON DX dan Joma.
Selain itu, ACO Tech juga kini menyediakan aplikasi mudah alih ATLAS Auto untuk membolehkan peminat permotoran membeli produk terpilih.
Produk rasmi terdapat dalam aplikasi berkenaan termasuklah daripada jenama lain dalam kumpulan Geely seperti Lynk & Co dan Zeekr.
PROTON Digital Experience (PROTON DX) dibuka setiap hari bermula 10:00 pagi hingga 10:00 malam dan terletak di Ground Floor, Quill City Mall, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
- BACA: INI KOS SERVIS PROTON X90, SUV 7 TEMPAT DUDUK. HARGA BERMULA RM 244.51
- BACA: PROTON X90 SKOR 5 BINTANG UJIAN PERLANGGARAN ASEAN NCAP
- BACA: MALAYSIA AUTOSHOW 2023: PROTON X50 R3, BODYKIT R3, WARNA HITAM MATTE, TERHAD 200 UNIT, BERMULA RM123K
- BACA: PROTON X90 FLAGSHIP, 1.5 TGDI 188 KUASA KUDA & 300NM TORK


