Buletin

BYD RASMI BILIK PAMERAN, PUSAT SERVIS BAHARU DI PULAU PINANG DAN JOHOR BAHRU

Pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, Sime Darby Motors, baru-baru ini merasmikan bilik pameran serta pusat servis baharu di Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Pembukaan ini merupakan sebahagian daripada usaha meluaskan kehadiran BYD di Malaysia dengan menawarkan kemudahan perkhidmatan jualan dan selepas jualan bertaraf dunia kepada pelanggan.

Kedua-dua pusat baharu ini dibina untuk menyediakan pengalaman lebih baik kerana ia terletak di dalam pusat beli-belah selain, membuktikan pertumbuhan pantas jenama BYD di seluruh Malaysia.

Pelanggan BYD dari kawasan utara serta selatan kini boleh menikmati pelbagai kemudahan di Pusat BYD 1S dan 2D baharu ini.

Pusat perkhidmatan selepas jualan serba lengkap ini untuk memberikan sokongan diagnostik bagi memenuhi keperluan penyenggaraan dan servis kereta.

Selain itu, BYD juga menjamin bekalan alat ganti yang secukupnya dan usaha ini disokong oleh juruteknik terlatih di pusat-pusat perkhidmatan selepas jualan untuk memastikan kualiti terjaga demi ketenangan fikiran pelanggan.

Untuk pelanggan yang berminat memandu uji BYD Atto 3, anda boleh mengunjungi bilik pameran BYD Sime Darby Beyond Auto di seluruh Malaysia.

Google ads
Back to top button