
HONDA CITY GANTI PROTON PREVE SEBAGAI KERETA POLIS
Beberapa foto Honda City dengan lencana Polis Diraja Malaysia kini mula tersebar luas di pelbagai platform media sosial.
Menurut maklumat media tempatan, Careta, Honda City berkenaan akan menggantikan kenderaan sedia ada, Proton Preve, yang dihentikan pengeluarannya.
Walau bagaimanapun, kereta ini tidak dibeli oleh kerajaan, tetapi dipajak seperti Preve sebelum ini, di mana ia boleh mengurangkan kerugian kerajaan akibat diskaun kereta.

Tambahnya, pada masa ini, Proton tidak mempunyai sebarang model bagi memenuhi kehendak pihak berkuasa. Misalnya, Proton Persona terlalu kecil, sementara Proton X50 bakal memakan kos lebih tinggi.
Selain Honda City, pihak polis turut memilih Perodua Aruz sebagai kenderaan baharu kerana ia adalah model tujuh tempat duduk dan dari segi harga, ia bersesuaian dengan bajet.
Menerusi Careta, seorang penganalisis auto menyatakan bahawa sebenarnya lebih menguntungkan kerajaan menggunakan model kereta keluaran jenama antarabangsa seperti ini kerana aksesorinya murah serta kereta lebih tahan lama.
“Lagipun, kerajaan membeli kenderaan-kenderaan jenama asing itu tanpa cukai, dan itu memberi penjimatan sangat ketara,” ujarnya. – Careta
- BACA: SUSPEK ROMPAKAN LARIKAN KERETA POLIS – AKSI KEJAR-MENGEJAR 30KM
- BACA: 10 KERETA POLIS KEJAR SEORANG PEMANDU WANITA DI IPOH, DAH MACAM GTA!
- BACA: TENDANG KERETA POLIS SENDIRI DAPAT PENYAKIT – LAIN KALI ADA OTAK TU GUNA
- BACA: KERETA POLIS DI AMERIKA SYARIKAT – KENAPA BANYAK JENIS SANGAT NI?