Buletin

PROTON e.MAS 5 CAPAI 5,000 UNIT, SAMBUT RAYA DENGAN REBAT RM500

Proton e.MAS 5 terus memimpin pasaran EV di Malaysia, dengan jumlah jualan melepasi 5,000 unit sejak pelancaran pada Oktober 2025.

Sejak awal tahun, sebanyak 3,068 unit diserahkan pada Januari dan 1,562 unit pada Februari, menunjukkan permintaan yang stabil serta keyakinan pengguna terhadap model elektrik nombor satu negara ini.

Untuk meraikan pencapaian ini dan menyambut Hari Raya, PRO-NET menawarkan Rebat Raya RM500 untuk semua tempahan Proton e.MAS 5 yang dibuat antara 31 Oktober 2025 hingga 23 Mac 2026.

Pelanggan yang menempah kenderaan sebelum 23 Mac dan mendaftar selewat-lewatnya 30 September 2026 layak menerima rebat ini.

Selain rebat, pelanggan turut menikmati harga pelancaran khas, jaminan enam tahun tanpa had perbatuan, serta jaminan bateri lapan tahun atau 160,000km untuk bateri berkuasa tinggi dan komponennya.

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut serta menebus rebat dengan melawat bilik pameran Proton e.MAS 5 terdekat.

Google ads
Back to top button