
MITSUBISHI TRITON 2023 DIGUNA DALAM ASIA CROSS COUNTRY RALLY 2023!
Triton baharu bakal dilancar pada hujung Julai namun Mitsubishi terlebih dulu mengumumkan Team Mitsubishi Ralliart akan berlumba dengan tiga buah pikap baharu itu di dalam Asia Cross Country Rally (AXCR) Ogos depan.
Ini adalah penyertaan kedua Team Mitsubishi Ralliart selepas membolot juara keseluruhan pada AXC 2022.
Juara tahun lalu Chayapon Yotha dari Thailand dan Rifat Sungkar dari Indonesia akan kembali dan turut dibarisi pelumba Jepun Katsuhiko Taguchi.Â
Rifat Sungkar dan Katsuhiko Taguchi adalah muka biasa dalam Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) dan pernah berlumba di negara kita.Â
Kesemua mereka akan memandu model baharu Triton Group T1 (kenderaan prototaip rentas negara) dan gambar yang dikongsi mendedahkan lagi imej pikap itu.
Boleh dilihat lampu depan nipis, gril berpetak dan menonjol keluar, garis badan pada kotak belakang dan perkakasan off-road seperti snorkel, penghadang lumpur di bawah lantai tengah dan plat kelincir.
Bahagian dalam pula dilengkapi kerusi perlumbaan dan rangka keselamatan.
Pasukan ini dimiliki oleh TANT SPORT dari Thailand dengan Hiroshi Masuoka dari Mitsubishi Motors yang juga dua kali juara Rali Dakar kekal sebagai pengarah pasukan.
Jurutera Mitsubishi Motors terlibat bagi memberikan bantuan teknikal. Team Mitsubishi Ralliart sudah pun menguji Triton dari 19 Jun hingga 23 Jun lalu di Taman Negara Khao Yai di Thailand.
Ujian itu merangkumi pemanduan sejauh 800km selama lima hari dan beberapa perubahan dibuat bagi mengharungi perlumbaan yang bermula di Pattaya, Thailand, merentasi Kemboja sehingga ke Laos.
ACRX edisi ke-28 berjarak 2,000 km termasuk lebih 1,000 km Peringkat Khas (SS) dan pelumba perlu mengemudi jentera mereka di laluan bergunung, hutan tebal, berlecak dan merentasi sungai.
Mitsubishi tidak berkongsi secara terperinci spesifikasi Triton ACRX 2023 kecuali pengecas turbo yang meningkatkan respon enjin dari julat rendah hingga tinggi.
Walaupun begitu, Mitsubishi menamakan rakan sokongan dan dari situ boleh dilihat perkakasan yang digunakan.
Profail pasukan Team Mitsubishi Ralliart 2023:
- Pengarah Pasukan: Hiroshi Masuoka (Mitsubishi Motors)
- Prinsipal Pasukan: Chayut Yangpichit (Thailand: TANT SPORT)
- Pengarah Teknikal: Kopong Amatayakul (Thailand: TANT SPORT)
- Sokongan Teknikal (Mitsubishi Motors : Noriyoshi Aiba (badan dan casis), Takashi Shibayama (enjin)
Pemandu dan jurupandu arah
- Chayapon Yotha, Peerapong Sombutwong (Thailand) (Juara ACRX 2022)
- Rifat Sungkar (Indonesia), Chupong Chaiwan (Thailand)
- Katsuhiko Taguchi (Juara APRC 1999 dan 2010), Takahiro Yasui (Jepun)
Rakan sokongan
- CARROSSER Co., Ltd. – Sokongan dalam pembangunan dan pembekalan suspensi depan dan belakang CUSCO, LSD depan dan belakang
- ENDLESS PROJECT Co., Ltd. – Angkup brek, cakera dan pad ENDLESS
- ENEOS Corporation – Minyak pelincir
- Fortec Motorsport Ltd – Penyejuk perlumbaan, bendalir brek
- HANKYU HANSHIN EXPRESS Co., Ltd. – Pengangkutan perkakasan rali khas ke Thailand
- HKS Co., Ltd. – Sokongan dalam pembangunan enjin spesifikasi rali
- The Yokohama Rubber Co., Ltd. – Tayar GEOLANDAR M/T G003
- Work Co., Ltd. – Rim perlumbaan
- Mitsubishi Heavy Industries Engine & Turbocharger, Ltd. – Pengecas turbo
- PT PERTAMINA – Penaja
BACA:Â SUV MITSUBISHI DIPERKENAL PADA 10 OGOS, 4 MOD, SISTEM AUDIO YAMAHA
BACA:Â MITSUBISHI EK SPACE 2023 DIPERKENAL DI JEPUN, DARIPADA RM51.6 RIBU
BACA: KITAB MITSUBISHI EVOLUTION – JILID 2
BACA:Â MITSUBISHI OUTLANDER PASARAN CHINA, ENJIN KECIL 1.5 TURBO MILD HYBRID!










