
PROTON PERDANA CUBA CABUT LARI. TAK MAMPU BAYAR KOS SERVIS DAN TUKAR EKZOS RM225
Sebuah Proton Perdana berwarna putih dilapor cuba melarikan diri dari sebuah bengkel di Kluang, Johor. Situasi cemas itu sempat dirakam dan video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Laporan rakan media Wapcar yang memetik sumber dari China Press, penjaga bengkel berkenaan yang merupakan sepasang ibu dan anak pada mulanya merasakan sesuatu tidak kena. Jangkaan mereka tepat apabila pemandu tersebut meluru keluar tanpa membayar bil menyebabkan pasangan tersebut cuba mencapai kunci di dalam kereta yang sedang bergerak.
Pemandu itu didakwa tidak mempunyai wang untuk membayar bil servis dan menukar paip ekzos berjumlah RM225.

Rakaman video menunjukkan pemandu Proton Perdana tersebut hampir mengheret dan melanggar mangsa. Nasib baik anak mangsa sempat mengambil kunci kereta Proton Perdana berkenaan,
Seorang jiran bengkel itu kemudian membawa pemandu tersebut ke bank dan akhirnya berjaya mengeluarkan wang untuk dibayar kepada mangsa.
Mujurlah tiada kecederaan serius yang menimpa mangsa dan laporan polis akan dibuat setelah dia mendapatkan rawatan. – Wapcar
- BACA: PELAKON AZHAN RANI PERSOAL NAK KEJE NAIK APA? X70 JERKING, MASIH DI PUSAT SERVIS
- BACA: BAIKI EXORA SETAHUN DI PUSAT SERVIS PROTON. TAPI TAK SIAP SIAP?
- BACA: FORD DIDENDA RM160K DI AUSTRALIA SEBAB SALAH CETAK INFO PADA BROSUR MUSTANG MACH 1
- BACA: MAHAL KE KOS SERVIS KENDERAAN SEGMEN B? KAMI BANDINGKAN SEMUA MODEL TERBARU

